Kisah Lawak 3 Ekor Pontianak - Mia Liana

Saturday, June 29, 2013

# Pearl

Kisah Lawak 3 Ekor Pontianak


Bila dibaca, kelakar juga lawak pontianak ini. Apa tidaknya, boleh juga dikaitkan dengan jerebu. Mia dapat kisah lawak ini daripada emel dan teruskan kongsikan di blog untuk tatapan pengunjung blog ini. Jangan bimbang. Ini bukannya kisah seram. Jemput baca ya...

Pada suatu malam, 3 ekor pontianak sedang bertenggek di atas pokok sambil bergaduh tentang kehebatan masing-masing. Ketiga-tiga mengaku diri mereka hebat. Untuk menentukan siapa paling hebat mereka pun bersetuju membuktikan kehebatan masing-masing .

Pontianak A terbang dengan sepantas kilat. 15 saat kemudian, dia balik semula ke pokok tersebut. Kelihatan ada kesan-kesan darah di sekitar gigi.

Pontianak A : Kau orang nampak rumah tu?

Pontianak B : Nampak.
Pontianak C : Nampak.
Pontianak A : Satu rumah tu habis aku kerjakan. 

Pontianak B pula terbang lebih pantas dari Pontianak A. 10 saat kemudian, dia balik semula ke pokok tersebut. Kelihatan ada darah bukan setakat pada gigi, malah pada keseluruhan mulut pontianak tersebut.

Pontianak B : Kau orang nampak kampung tu?

Pontianak A : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak B : Habis satu kampung tu aku kerjakan. 

Sejurus lepas itu Pontianak C pula terbang lebih pantas dari Pontianak A dan B. Dalam masa 5 saat je dia kembali ke pokok tersebut. Kelihatan darah mengalir-ngalir bukan sahaja pada mulut, malah pada keseluruhan muka pontianak tersebut.

Pontianak C : Kau orang nampak tembok kat hujung sana tu?

Pontianak A : Nampak!
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Err... tadi aku tak nampak...

Jerebu punya pasal (^_^)

sumber : emel

boleh ke gitu? hehehhe.....

41 comments:

  1. hahahhahahahaha, jerebu teba sangat. haha

    ReplyDelete
  2. hahahaa.. kat mana la tu.. yg pasti, bukan melaka sebab jerebu dh ok.. kahkahkah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni masa tengah jerebu teruk aritu.... hehehe

      Delete
  3. Mia... first kakak tak dapat tangkap tapi bila fikir, ohoho... dia terlanggar tembok ye hihi...siapalah yg buat cerita ini:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp kak zakie... mia tak tahu sumber asal dari mana...

      Delete
  4. Replies
    1. teruk juga tu... sakit sampai berdarah. pergi langgar tembok.

      Delete
  5. jerebu terlampau tebal, sampai tak nampak...adoii..hahaha :P

    ReplyDelete
  6. hehehe..nasib pontianak ni tak semput kak..alhamdulillah jerebu semakin pulih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. alhamdulillah... jerebu dah nak pulih di sini..

      Delete
  7. hihi.. pontianak pun boleh accident ya.. :D

    ReplyDelete
  8. pontianak pun ade salah gak, hahaha

    ReplyDelete
  9. hehehehe....tu la time jerebu jgn berkeliaran sangat....

    ReplyDelete
  10. Bukan manusia aje pandai melawakkan Mia...hehe Cik Ponti pun sama

    ReplyDelete
  11. kalau cik ponti boleh wat lawak Mia.habislah maharaja lawak....nanti mesti ada rancangan Ponti Lawak pulak..kesian manusia kerjaya pelawak pun dah kena kebas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiii.. tak terfikir plak mia sampai ke situ. tq ya...

      Delete
  12. Hehe.. Jadi, lepas ni semua kena perintah berkurung, tiada yang terkecuali.

    ReplyDelete
  13. alahai... kisah ponti melawak... hehe..

    ReplyDelete