Review #3 : 30 September Setahun Lagi

Sunday, December 1, 2013

Review #3 : 30 September Setahun Lagi


Tahniah diucapkan kepada Sue Sopian kerana terpilih memenangi Segmen Nak URL Blog #2. Marilah sama-sama kita terjah entri terbaik Sue... 
30 September Setahun Lagi


"30 September sudah memunculkan diri..
Alhamdulillah..
Bertambah setahun lagi usia ini..
Masih diberi kesempatan menikmati segala rasa dan pengalaman hidup..
Syukur kepadaMu ya Tuhanku!

Aku mengenal erti cinta..
mengenal erti bahagia..
mengenal erti gembira..
mengenal erti kecewa..
mengenal erti air mata..

Terima kasih pada Mama..
yang telah bersusah payah melahirkan diri ini ke dunia..
yang lena malamnya sering terganggu..
yang tidur siangnya sering gelisah..
yang sentiasa mendengar rintihan anaknya..
yang sentiasa tersenyum di kala anaknya berduka..
yang sanggup menyambung tugas mendidik anakku pula..
yang sanggup memujuk anakku ketika dimarahi..
yang sentiasa memanjakan anakku di kala dia perlu perhatianku..
Terima kasih yang tidak terhingga..

Terima kasih pada Abah..
yang sentiasa memberi perhatiannya tak terbelah bahagi..
yang sentiasa menghulur bantuan di kala diri ini hampir tersungkur..
yang sentiasa menceriakan hari-hari yang suram..
yang sentiasa kalah dengan perasaan sayangnya kepadaku dan anakku..
yang sentiasa beralah kepada cucunya yang seorang..
yang sentiasa menerima apa jua keadaan dengan tabah..
yang sentiasa menemani anakku yang kesunyian..
Terima kasih Abah atas segalanya..

Terima kasih kepada suamiku..
yang sentiasa memberi sokongan dalam apa jua keputusanku..
yang sentiasa membimbing hidupku..
yang sentiasa sabar dalam melayan kerenahku..
yang sentiasa menghulurkan tangan di saat aku terjatuh..
yang sentiasa tenang ketika aku keresahan..
yang sentiasa memujuk di saat aku kegelisahan..
yang sentiasa mencurahkan kasih sayangnya yang tidak berbelah bahagi..
Terima kasih sayang!

Terima kasih kepada satu-satunya adik yang aku ada..
kerana sentiasa menerima apa jua keadaan kakakmu ini..
kerana sentiasa melayan kerenah kakakmu ini..
kerana menjadi teman bergaduh kakakmu ini..
kerana menjadi penghibur kepada anak buahmu yang seorang itu..
Terima kasih Adik!

Terima kasih wahai puteriku, Hadirah..
kerana sentiasa memahami kesibukkan ibumu ini..
kerana sentiasa menghadiahkan ciuman tatkala ibumu kepenatan..
kerana sentiasa menghadiahkan senyuman tatkala kemarahan ibumu melanda..
Terima kasih kerana sentiasa menghiburkan dengan telatahmu yang membahagiakan jiwa..
kerana sentiasa mengusik ibumu dengan akalmu yang panjang itu..
kerana memberi peluang kepada ibumu untuk mendidikmu walau dalam masa yang singkat..
kerana memberi waktu untuk ibumu mencurahkan kasih sayang kepadamu walau hanya di hujung minggu..
Terima kasih cahaya permataku..

Terima kasih yang tak terhingga..
pada mereka yang senantiasa mendoakan kebahagianku..
yang senantiasa menggembirakan jiwaku..

yang senantiasa mendengar keluh kesah hati ini.."

Untuk selanjutnya, sila klik SINI.

Bila dibaca puisi ini begitu, tersentuh diri ini bila teringat suami, anak, mak dan ayah Mia. Puisi terima kasih yang mensyukuri atas apa yang dikecapi sehingga ke hari ini. Pandainya Sue luahkan dalam bentuk puisi. Begitulah kehidupan berkeluarga yang perlu kita tempuhi sehingga ke akhir hayat. Bersyukur atas apa yang ada. Mia rasa masih tidak terlambat untuk ucapkan "Happy Belated Birthday, Sue". Semoga dirahmati dan diberkati sehingga ke akhir hayat. amin....

jemput berkenalan dengan Sue ya....

33 comments:

  1. betul sangat...memang tersentuh hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau betul2 hayati, boleh menitis air mata ini... huhuhu

      Delete
  2. Tahniah...ayat2 yang menyentuh perasaan...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. uikkk adrianna... bukan kak mia la. sue...

      Delete
  4. puisi khas utk semua yg bersama beliau. hebat! nak p sana jugak sat lagi

    ReplyDelete
  5. after 2 months.. baru perasan..
    maaf kak mia..
    tq so much utk entri ni kak mia..

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.