image Operasi Buat Lontong Nasi - Mia Liana

Saturday, June 17, 2017

# Dari Dapur Mia # Family Matters

Operasi Buat Lontong Nasi


Operasi Buat Lontong Nasi

Lumrah tradisi orang jawa. Selalunya seminggu sebelum hari raya Aidilfitri, keluarga Mia kat kampung akan berkumpul ramai-ramai untuk masak juadah raya bersama. Tujuannya untuk ngunjung makanan juadah raya kepada jiran tetangga. Kiranya sesi berbalas mangkuk tingkat.

Selepas subuh pagi tadi, operasi buat lontong nasi bermula.

Gunting daun pisang mengikut bentuk penutup kelongsong.

Bahagian dalam kelongsong dialas dengan daun pisang. Sukatan beras yang dimasukkan ialah 1/3 daripada kelongsong.

Kelongsong yang dah siap dimasukkan beras, kemudian diikat dengan tali rafia supaya tidak terbuka ketika kelongsong dimasak.

Kelongsong yang siap diletakkan di dalam dulang dan sedia untuk dimasak.


Direbus dalam periuk besar dengan air selama 6 jam. Pastikan kelongsong direndam dalam air sepenuhnya semasa dimasak. Jika air terkurang, sila tambah. 

Untuk lebih sedap, bubuh daun pandan dan setengah cawan garam. Nampaknya pukul 3.00 petang nanti akan siap masak. 

** resepi dan cara-cara nak masak lontong nasi dengan kelongsong....

Entri berkaitan :

12 comments:

  1. 1st time tgk kelongsong nasi tu... wow... mesti bestkan lontong nasi tu

    ReplyDelete
  2. Pernah dengar tapi tak pernah rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe nafi... rasanya lagi sedap dari nasi impit sebab ada daun pisang dan daun pandan...

      Delete
  3. Haah first time tengok kelongsong tu.

    ReplyDelete
  4. Ada jual ke kelongsong tu.
    Atau kena tempah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada adam... cuba tanya kat kedai yang jual pinggan mangkuk.. periuk kuali besar...

      Delete
  5. assalamualaikum mia...yer la mcm senang jer rebus dlm bekas tu...mmg kena tempah bekas tu ke mi...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama... tak payah tempah mama.. memang ada kelongsong ni yang ready made.. kena pandai cari kat kedai dekat-dekat pasar... yang ada jual pinggan mangkuk.. periuk kuali besar...

      Delete
  6. Di mana ye boleh saya beli kelongsong tu?
    Boleh saya kirim untuk belikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jual kat kedai hardware atau pun kedai yang jual periuk kuali besar... cuba tanya kat situ ya..

      Delete