image myGDEX | Online Shipping Platform - Mia Liana

Monday, 18 June 2018

# Advertorial # Informasi Semasa

myGDEX | Online Shipping Platform


Wahhhhh... terujanya Mia apabila GDEX telah ada perkhidmatan kiriman barang secara online melalui portal myGDEX di SINI. Kalau sebelum ini, jika kita ingin membuat penghantaran dokumen atau barang, kita kena pergi ke pejabat GDEX yang berdekatan. Tetapi kali ini, tidak perlu lagi. Semuanya boleh dibuat secara online. Satu inisiatif yang boleh dibanggakan bagi memudahkan urusan pelanggan membuat kiriman penghantaran barangan. Terbaik… 


Senang dan mudah bukan? Proses membuat kiriman barang atau dokumen dengan hanya register myGDEX terlebih dahulu sebagai ahli. Jika dah jadi ahli, boleh terus masukkan maklumat penghantaran, bayar online, cetak nota penghantaran, GDEX akan ambil kiriman barang dan menghantarnya ke alamat destinasi.




Tutorial cara-cara menggunakan myGDEX ada di SINI.


Bimbang dan ragu-ragu akan perkhidmatan ini? Takut barang tidak sampai? Jangan was-was... perkhidmatan kiriman barangan melalui GDEX telah dipercayai sejak dahulu. Cuma sekarang ini, ianya lebih memudahkan kita secara online melalui portal myGDEX.

Menariknya myGDEX ini ialah...
  1. Portal myGDEX mudah untuk digunakan kerana ianya mesra pengguna.
  2. Kemudahan perkhidmatan pick-up barangan anda
  3. Skim e-Wallet yang menarik dan harga ahli yang berpatutan
  4. Rangkaian penghantaran GDEX tersendiri dan dipercayai

Jom cuba perkhidmatan ini.... lagi mudah.. lagi jimat... lagi cepat...





** kiriman penghantaran barangan atau dokumen di hujung jari...


5 comments: