Mula-mula terfikir juga, macam mana ya nak study... Memang minat sangat nak sambung study tapi masa itu tahun 2007, sibuk renovate rumah dari bulan Januari... Rumah siap je terus nak kahwin.. terpaksa lah tunggu lagi.

Nampaknya tahun 2007 tak dapat lah nak study... takpe...sabar. Kerja masa tuh sangat sibuk maklumlah pada masa Lembaga Nanas tengah nak naik, orang IT cuma ada sorang je. Banyak benda nak buat. Budget planning, proposal ke MAMPU, macam baru nak sediakan infrastruktur IT di pejabat. Pejabat cawangan cuma ada dalam negeri Johor je. Sedih gak. Mula-mula masuk cuma ada beberapa biji komputer je kat ofis. Tanggungjawab terlalu berat dibantu oleh Su yang graduate dari bidang pertanian. Bayangkan macamana kami boleh pikul tugas tuh. Berbanding dengan sekarang.. macam-macam sudah ada.

Dari tahun 2005 lagi nak study... tangguh punya tangguh akhirnya dapat juga sambung pada Mei 2008. Rasa beruntung dapat suami yang banyak menyokong.

Memang susah nak buat keputusan samada nak belajar kat OUM ke Space UTM. Dua-duanya sama bagus. Banyak refer kat kengkawan lain yang dah belajar sana. Jadi memandangkan Space ni wajib hadir, OUM pula banyak kepada fleksibel, maka, Mia pilih lah OUM ni. Bukan nak burukkan Space tapi pada Mia bagi mereka yang selalu sibuk kekadang tak dapat nak datang kelas, lebih baik pilih OUM. Cara belajar di OUM sangat sesuai dengan cara Mia.
Kelas yang diadakan 2 minggu sekali pada hari Ahad (ikut suka kita la nak hari Sabtu ke Ahad). Kalau ambil 3 subjek, kira straight la sampai 3 kelas ikut jadual yang kita pilih. Kalau tak dapat datang kelas, hanya inform lecturer.Kalau tak dapat kelas masih boleh catch up kat dalam online forum myLMS.

Yang paling Mia suka ialah penggunaan penuh sistem myLMS oleh pelajar. Semuanya ada online. Especially Digital Library yang penuh dengan informasi yang dikehendaki. Tu lah faktor utama Mia sambung belajar kat OUM.


Dari segi kos agak mahal, tetapi berbaloi dengan servis yang diberikan. Biasalah IPTS. Diiktiraf jadi tak perlulah khuatir sangat pasal hal ni. Untuk tahun pertama pengajian, Mia gunakan akaun 2 KWSP. Tak sampai sebulan prosesnya. Tahun berikutnya, Mia guna duit sendiri (campur duit suami juga).

Apa-apa Mia setakat berpuasahati belajar di sini. Kalau ada masalah cepat-cepat refer kat kakitangan OUM. Mereka selalunya akan reply tak kira lah melalui email ke.. telefon ke.. sistem ke...

Bukan nak promosi, sekadar berkongsi pengalaman macam mana boleh nak study kat OUM...