Pearl... Asyiknya...

Sebenarnya semalam Mia nak buat entri tapi ada meeting kan... Jadi tak dapat lah nak buat. Minggu lepas, ada beli pearl ni kat kedai bahan-bahan buat kek depan kedai brothers kat Taman Universiti. Harganya RM 7.50.

Dulu ada buat entri untuk pearl... tapi itu rupanya white pearl, tak berapa sangat. Konon nak masakkan tapi tak sempat. Memandangkan semalam hari terakhir pelajar-pelajar praktikal, Mia pun bawalah pearl ni, minta tolong mereka bahagikan dalam bekas tupperware.

 

 



Sedapnya rasanya kalau dah dimasak. Campurkan ke dalam air milo ke.. teh ais ke...apa-apa lah. Marvellous!

Cara-caranya :
  1. Mula-mula mestilah basuh dulu.
  2. Rebus selama 30 minit sambil kacau. Kalau tak kacau nanti melekat-lekat pearl ni.
  3. Lepas tu, biarkan sejuk selama 30 minit.
  4. Tapis pearl ni dan masukkan ke dalam air gula.
  5. Pastikan pearl sentiasa berendam dalam air gula.
  6. Sentiasa simpan di dalam peti sejuk

Post a Comment

2 Comments