Sempena bulan ramadhan yang akan menjelma tidak lama lagi, Mia pun nak tukar background yang baru. Macam mana? Ok ke tak? Gambar yang dipilih adalah dari koleksi pakaian pengantin Mia yang ala-ala Arab. Nampak macam dramatik sikit untuk tema ramadhan ini. Mia buat kabur-kabur sahaja bersama dengan imej masjid di belakang. Tema yang dipilih adalah biru tua dan muda. Rasanya lama betul Mia tidak tukar background. Asyik sibuk dengan belajar dan kerja serta keluarga.

Oh! ya... kalau perasan, template blog Mia ni customize punya. Ingat nak tukar kepada template blogger yang baru, tapi leceh sebab banyak nak kena ubah lak. Mia banyak guna scripting. Diakui mungkin lambat sikit loading page blog Mia ini, harap banyak bersabar ya....


Shoutbox pula, Mia pun tukar juga. Yang comel dan cute kat sebelah kanan atas blog ini. Jangan segan-segan tinggalkan mesej kat situ. Kalau ada masalah, letak dalam ruangan komen entri pun boleh juga. Mia tak kisah.

Diharap pengunjung blog ini tidak akan jemu-jemu untuk singgah dan baca entri. Apa-Apa pun kalau tidak berkenan dengan background ini sudi-sudilah komen, ya?. Nanti Mia akan cuba perbaikinya.

Di kesempatan ini, Mia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramdhan Al-Mubarak yang akan menjelang tidak lama lagi. Semoga amalan kita akan diterima dan beroleh keberkatan. Jangan lupa bangun sahur dan tidak membazir ketika membeli juadah berbuka. Beli yang nak dimakan sahaja. Ceria-cerialah selalu!