Tak sangka begitu cepat masa berlalu. Sofea pun dah nak masuk 1 tahun 4 bulan. Banyak betul aktiviti budak yang sedang nak explore dan nak cuba itu ini. Sofea memang suka main air. Kalau mandi memang tak nak keluar. Asyik nak main air je. Rasanya dah tiba masa sesuai untuk dia. Kami belikan dia mini pool kecil untuk dia. Suka betul dia main air. Lebih-lebih lagi kalau ada sepupu dia. Kalau masuk ramai-ramai tak muat pulak. Lokasi main air ni di rumah Mak Mertua. Memang seronok betul.

Jom kita tengok aksi Sofea main air dengan ayahnya. zassss...










Tengoklah wajahnya yang ceria dan nampak puas bila dah main air dengan ayahnya. Ini permulaan pertama untuk Sofea berjinak dengan air. Lepas ni.. kalau nak mandi kat swimming pool ke.. air terjun ke.. air laut ke... dia dah tak kekok. Tunggu dia besar skit lagi baru boleh...

p/s : Suka tengok dia main air....