Masa berlalu begitu pantas. Tup-tup sahaja sudah setahun masa berlalu. Banyak perkara yang telah Mia lalui  di sepanjang tahun ini...kenangan yang tidak akan dilupakan...

Antaranya :
  1. Tercapai juga hasrat Mia ingin memiliki kereta sendiri. Senang untuk pergi kerja dan ke mana-mana. Dulu hanya guna kereta keluarga.

  2. Mendapat suntikan semangat daripada Eja, praktikal ICT pada awal tahun untuk kembali cergas dalam arena blogging ni sebagai sumber pendapatan sampingan. Widget follower dimasukkan dan buka akaun Nuffnang pada bulan Mac 2010.

  3. Memasuki Project Alpa Season 2, membuat entri-entri dengan cepat dan pantas. Sentiasa peka pada soalan Project Alpha ini. Alhamdulillah, kebanyakan entri berjaya dalam 50 yang terpantas.

  4. Buka akaun twitter dan facebook. Jangan ketawa ya... walaupun Mia ni orang IT tapi kurang minat nak bersosial. Disebabkan nak senang join Project Alpha.. Mia pun masuklah.

  5. Paling gembira sekali apabila mendapat Anugerah Dermasiswa Yayasan Canselor OUM 2010 pada bulan April. Syukur sangat. Penat lelah Mia belajar mendapat penghargaan. Mia terkecuali daripada membayar yuran pengajian selama setahun bergantung kepada GPA setiap semester.

  6. First time buat talk untuk student OUM baru ambilan semester Mei. Pengarah OUM Johor yang jemput. Memang gugup sedikit dan suka dapat sebarkan pengalaman Mia belajar kepada freshies.

  7. Mengadakan Kuiz Smile..Smile..Smile.. dengan hadiah bernilai RM220.Hadiah misteri untuk peserta terawal.

  8. Hadiah kejutan untuk Follower Bertuah 99.

  9. Mengadakan Contest Pengkomen Terbanyak untuk bulan Jun, Julai, Ogos dan September.

  10. Penukaran template blog secara berkala bagi memastikan pengunjung tidak bosan dengan blog ini.

  11. Terlibat secara langsung sebagai translator dalam 7th International Pineapple Symposium. Malaysia sebagai tuan rumah tahun ini dan LPNM bekerjasama dengan Mardi. Bukan senang nak handle event besar ini yang melibatkan delegasi pelbagai negara. Tahniah kepada rakan-rakan sekerja yang berhempas pulas menjayakan event ini.

  12. Pengalaman yang berharga ketika mengiringi lawatan dari delegasi Afrika Selatan mengunjungi pelbagai tempat menarik tentang nanas. Seronok betul melayan karenah mereka.

  13. Gembira bila laman web rasmi LPNM mendapat 4 bintang. Tahun sebelumnya 3 bintang. Harap-harap tahun ini boleh mencapai 5 bintang. Suka bila kerja dihargai.

  14. Dapat menurunkan ilmu kepada pelajar-pelajar yang membuat praktikal di Unit ICT LPNM ini. Banyak yang Mia ajar. Buat programming, sistem, graphic design dan lain-lain tentang IT. Pendek kata, cukup ilmu yang ditimba bila memasuki alam pekerjaan nanti. Rindunya kat mereka.

  15. Syukur dengan apa yang ada dan menjalani kehidupan sebagai seorang ibu dan isteri. Suami yang caring dan anak yang comel...

  16. Suka sangat bila impian menjadi kenyataan. Blog ini akhirnya telah mencapai sasaran 3000 follower. Terima kasih kepada semua kawan follower yang menyokong blog ini.
Begitulah antara kisah-kisah yang Mia dapat kongsikan di sini. Ada juga yang lain-lain yang Mia rasa... biarlah rahsia... Selamat tinggal 2010....