CBBR 4106 Project BIT Telah Dihantar Malam Tadi

Pertama kalinya Mia bangun tidur pagi tadi, terasa lega dan gembira sangat. Apa tidaknya, malam tadi Mia telah pun hantar Project BIT kepada Project Supervisor, Puan Hidayah Elias.

Semalam lepas balik kerja, Mia terus ke kedai Rainbow ambil 4 buah hard cover dokumentasi projek. Sepatutnya, buat 3 sahaja tapi Mia lebihkan 1, mana tahu esok-esok senang kalau nak buat rujukan.

Apa yang Mia hantar malam tadi ialah
  1. 2 buah dokumentasi projek setebal 2.3 cm (tidak termasuk hard cover)
  2. 2 keping dvdr yang mengandungi sistem projek, pangkalan data projek, softcopy dokumentasi projek, perisian Microsoft Visual Basic 6 dan perisian Crystal Report XI
  3. Student log book
  4. Final year project evaluation form
Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Puan Hidayah yang telah memberikan komitmen yang tip top dan panduan yang jelas kepada Mia untuk menyiapkan projek ini. Tidak lupa kepada suami tercinta yang begitu memahami keadaan getir Mia semasa menyiapkan projek ini. Akhir sekali, kepada kedua ibu bapa Mia yang sudi tolong jagakan Sofea di kampung.

Terlalu banyak perngorbanan yang dilakukan pada semester akhir ini. Banyak ambil cuti untuk memberikan tumpuan penuh terhadap pembangunan sistem projek ini. Dengan ini tamatlah sudah pengajian Mia di Open University Malaysia.




Saat-saat getir... dan kritikal....

Kisah pada hari Jumaat (27 April 2012)
  • Terpaksa ambil cuti pada hari ini kerana ingin memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pembetulan yang patut dibuat pada projek dokumentasi. 
  • Banyak juga perubahan yang harus dibuat. Setiap rajah dan jadual perlu ada penerangan.
  • Semakan terhadap semua ejaan dibuat dengan teliti sampai berpinar mata dibuatnya.
  • Menyusun lampiran-lampiran yang harus dimasukkan
  • Membetulkan bahagian rujukan mengikut format yang sebenar dan memasukkan sumbernya ke dalam bab 2 kajian literatur
  • Membuat manual pengguna
  • Membetulkan Collaboration Diagram. Ambil masa yang lama sebab baca buku UML dan nak fahamkan untuk diterjemahkan dalam konsep permodelan. Paling susah nak buat.
  • Dah siap terus emelkan kepada project supervisor jam 6.00 petang.
Kisah pada hari Sabtu (28 April 2012)
  • Terima sms jam 1.40 pagi daripada project supervisor menyatakan telah disemak dan pindaan yang perlu dibuat di dalam emel yang dihantar.
  • Bangun jam 4.30 pagi, balas sms project supervisor dan cepat-cepat buka emel. Hmmm... ada pembetulan lagi cuma kali ini semua tajuk rajah/jadual hendaklah center dan bold serta tak perlu langkau baris dengan rajah/jadual dibawahnya. Satu lagi kalau boleh biar di muka surat yang baru supaya lebih kemas.
  • Dengan tanpa perasaan, terus betulkan satu persatu. Punyalah banyak rajah dan jadual. Nak menangis pun ada...
  • Dah siap semuanya, kemudian betulkan balik pada isi kandungan sebab muka surat ada yang dah terlari. Banyak betul larinya bila rajah /jadual diganjakkan pada muka surat baru. Dari bab 1 sehingga lampiran yang terakhir, jumlah muka surat sebanyak 172 muka surat.
  • Jam 6.00 pagi memulakan proses cetakan untuk sebanyak 4 salinan. Biasalah bila banyak dicetaknya, mulalah pencetak meragam sebab penat sangat kot.. Jadi setiap 2 jam, rehat 10 minit. Kemudian sambung semula.
  • Selesai mencetak jam 12.00 tengahari. Kemudian menyemak satu persatu, mana tahu ada kertas terlebih ke... tersalah cetak ke.. terlari cetakannya ke... Kemudian, cetak mana yang tak betul.
  • Jam 2.00 petang selesai sepenuhnya.
  • Mula buat Student Log Book dan cetak terus. Akhir sekali, cetak Final Year Project Evaluation Form.
  • Hantar ke kedai Rainbow jam 4.30 petang untuk hard cover binding. Lega... 


Kisah petang semalam....
  • Balik kerja sahaja pergi kedai rainbow ambil hard cover binding dokumentasi projek. Harganya RM 28.00 setiap satu. Jumlah RM 112.00
  • Sampai rumah terus burn semuanya ke dalam dvr. Mula-mula nak pakai cdr tapi tak muat pulak.
  • Jam 9.30 malam gerak jumpa project supervisor untuk hantar.

p/s: syukur alhamdulillah.... telah dapat mengatasi segala rintangan dan dugaan sepanjang 4 tahun pengajian di Open University Malaysia

Jom Vote Mia Kejap Untuk Hari Ini....


Vote Me Everyday
23 April - 13 May 2012

Post a Comment

9 Comments

  1. tahniah kak mia.suka dengar cite gembira kak mia.harap2 saya menyusul lepas ni,sem may2013 sem akhir,amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mrs adam... terasa lega sangat2 ni. syukur alhamdulillah...

      Delete
  2. Dengan rasminya tamatlah sudah pengajian....tepuk tangan sikit.

    ReplyDelete
  3. makkk aiiii... tebal gile. -.- ali buat folio sejarah PMR pon takde tebal macam ni. anyway, taniah sebab dapat siapkan kerja.


    Sudi komen di blog i tak ?? entri lama2 sekali.
    Klik sini slow2

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tebal ali... naik berpinar mata ni. masa tu memang kelam kabut betul. tapi sekarang dah lega. semuanya sudah selesai.

      Delete
  4. tahniah kak.. sama cam sya juga part time di sana. baru selesai hantar..faham dah camner situasi getir dan nk termuntah nk siapkn semua tu..

    ReplyDelete