Hmmm... inilah masalah utama Mia setiap bulan. Rasanya kuota 4GB tidak cukup bagi Mia. Mana nak blogwalking, update blog, layan facebook, twitter dan lain-lain. Belum lagi nanti Suami Mia pun guna juga untuk download dan tengok movie online.


Tengah fikir ni, patut nak tambah kuota ataupun tidak. Bulan lepas dah tambah kuota. Maxis memang boleh diakses dengan laju kalau belum melebihi kuota. Kalau dah guna terlebih, memang lambatlah. Susah sedikit nak update blog kalau ada banyak gambar. Sempat jugalah buat kerja-kerja rumah semasa tunggu habis loading ke blog. Bila berblogwalking, hanya boleh buka 1 atau 2 blog sahaja. Itupun terkial-kial dan amat menguji kesabaran.

Ada cadangan lain, untuk menukar kepada broadband lain seperti U-Mobile (belum cuba lagi ni). Kalau guna broadband Celcom, kat rumah Mia ini macam lambat, mungkin di luar kawasan. Dah cuba guna 3 bulan sebelum guna broadband Maxis ni, memang Celcom lambat walaupun masih banyak kuota.

Penting sungguh capaian internet bagi blogger seperti Mia ini. Macam-macam boleh dibuatnya. Tanpa internet, tidak tahulah boleh hidup ke tidak nanti. Terasa diri macam "katak di bawah tempurung"... huhuhu...

p/s: rasanya blogger-blogger lain yang gunakan broadband, hadapi masalah yang sama seperti Mia setiap bulan kan...