Pencalonan Anugerah Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA)

Pencalonan Anugerah Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA)

Selepas mengetahui yang Mia tidak berjaya dalam pemilihan Anugerah Canselor tempohari, Mia sebenarnya agak sedih. Tidak mengapalah bukan rezeki Mia.

Tiba-tiba semalam petang hampir pukul 5.00 petang, Mia terima panggilan telefon daripada Kuala Lumpur. Pelik juga, siapa pulalah yang nak telefon Mia petang-petang macam ni. Bila diangkat rupanya Puan Asfura Shairen Mohd Noh dari Unit Penilaian dan Peperiksaan Open University Malaysia hubungi Mia dan memberitahu yang Mia telah dipilih untuk masuk pencalonan Anugerah Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA) untuk Konvokesyen ke 13 Open University Malaysia nanti. Punyalah terkejut juga, sebab macam tidak percaya. Rasanya pertama kali Mia dengar tentang Anugerah (Award) ini yang merupakan anugerah khas bagi pelajar jurusan teknologi maklumat.

Mia dikehendaki menyediakan butiran maklumat yang diperlukan beserta gambar saiz pasport dalam tempoh sehari dua ini. Bila dah siap nanti Mia akan emelkan kepada Puan Asfura.

Terima kasih kepada Open University Malaysia kerana memberi peluang yang amat berharga ini kepada Mia. Terharu sungguh rasanya. Nak menangis pun ada ni. Apa-apa pun Mia rasa syukur sangat apabila dicalonkan.

p/s: tolong doakan Mia ya....

Post a Comment

39 Comments

  1. Asssalamualaikum kak mia.
    salam maal hijrah buat kak mia dan keluarga.
    semoga di tahun baru kalendar Islam ni membawa rahmat dan barakah ke atas kita semua. semoga berjaya ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam ya sheila... selamat menyambut maal hijrah ya. terima kasih tolong doakan mia...

      Delete
  2. tahniah..bertuahnye
    sy pun blajar kat cni...baru grad bulan 6 aritu..
    tapi xdapt pape anugerah pun...cgpa pun tak gemapk..ckup2 mkn jer..hehehehe

    ReplyDelete
  3. all the best mia ;)
    Cik Tulip tumpang gembira

    ReplyDelete
  4. kak julia.....aku akan buat pointer 4.0 hehehehehee....
    akak rse dpt x aku buat? ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya esnan... boleh tu. cubalah bersungguh-sungguh... ;)

      Delete
  5. cayalah mia..
    xmenang pun xpe jnji dah tercalon pun dh ckup hebat..
    tahniah!!

    ReplyDelete
  6. tahniah dari cikgu ena. semoga berjaya dalam pencalonan ini.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Tahniah Mia!
    Akak turut gembira.. Moga Mia berjaya..

    ReplyDelete
  8. Rezeki Mia bertambah-tambah. Tahniah dan selamat berjaya

    ReplyDelete
  9. good luck ye mia... buat yang terbaik :)

    ReplyDelete
  10. tahniah kak mia, baby doakan tahun baru ni bawak rezeki yg melimpah ruah utk kak mia sekeluarga..

    ReplyDelete
  11. wah!tahniah sbb terpilih kak mia!happy for you.. :)

    ReplyDelete
  12. bangga juga hnya tercalon, tercalon antra yg tbaik :) tahniah kak mia :)

    ReplyDelete