Bilangan Entri Di Laman Utama Blog

Hmmmm... pernah tak kalau kita berblogwalking terjumpa beberapa blog yang ada banyak sangat entri di laman utama blog sehingga terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk scroll ke bawah. Ataupun jumpa entri yang sangat panjang, siap dengan gambar-gambar lagi. Agak-agak jenuh juga ya dan proses lambat loading mengakibatkan kita bosan hendak menunggu. Lebih memburukkan keadaan, ditambah pula dengan widget di side bar yang banyak. Fiuhhh... betul-betul menguji tahap kesabaran jika line internet slow pada masa itu.

Mungkin sebagai blogger, kita tidak perasan sebab dah mengadap blog setiap hari. Jangan susah hati, tidak mengapa. Bagi mereka yang menggunakan fungsi auto readmore bolehlah meletakkan banyak bilangan entri di dalam laman utama blog dan juga kena sesuaikan dengan widget di side bar blog supaya jangan terlalu panjang ke bawah.

Bagi mereka yang tiada fungsi auto readmore, kena pandai sesuaikan dengan penampilan blog. Contohnya jika ada entri yang panjang jadi boleh dikurangkan jumlah entri di dalam laman utama blog. Boleh jadi 2 atau 3 entri ataupun 1 entri sahaja. Agak leceh sedikit sebab setiap kali update blog kena tengok dulu panjang sangat ataupun tidak.

Bagi blog Mia, memang Mia buat setting 6 entri di laman utama blog dengan 4-5 kali tekan butang PageDown bila nak scroll ke bawah bergantung kepada screen resolution. Rasanya sudah cukup ideal bagi Mia, kerana penampilan blog tidak terlalu panjang ke bawah dan Mia menggunakan fungsi auto readmore.

Bagi yang berminat untuk guna fungsi auto readmore inibolehlah rujuk pada http://www.bloggersentral.com/2009/11/blogger-auto-read-more-with-thumbnail.html. Jangan lupa kalau nak buat apa-apa perubahan di dalam template blog kena buat backup dulu ya...

Kesimpulannya di sini, apa yang kita tidak suka, tentu orang lain pun tidak suka. Cubalah untuk memudahkan pengunjung melawat blog kita dan kalau boleh, sentiasalah berusaha untuk menjadikan penampilan blog sebaik mungkin.

p/s: jangan abaikan bilangan entri di laman utama blog.....