Ahad lepas, 11.11.12 Mia sekeluarga telah menghadiri majlis perkahwinan blogger yang famous amous, Broframestone di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Selamat pengantin baru ya Bro dan Iera, Mia doakan agar bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Cepat-cepat dapat anak ya. Jangan tunggu lama-lama.

Kami telah menjadi sebahagian daripada rombongan pengantin lelaki atas permintaan Bro. Katanya tema serba merah, jadi kami pun pakailah baju raya yang lepas. Dah macam sedondon. 

Pendek kata memang meriahlah sebab Mia ada juga jumpa blogger-blogger lain dan turut bergambar untuk simpan sebagai kenangan. Seronok jugalah dapat berborak dengan mereka dan berkongsi cerita. Terasa begitu mesra walaupun selama ini hanya berhubungan melalui blog dan facebook sahaja.

rombongan pengantin lelaki

sibuk layan karenah Sofea yang nak ambil gambar sendiri

Suami Mia dengan Adik Mia

layan Sofea makan aiskrim

Sofea senyum sakan

pengapit pengantin, DKNA dengan bakal suaminya

dengan blogger Ben, Mama Maszull, Lyssa, Oshin dan Amalina

ambil berkat Qhaliff, mana tahu kot-kot boleh dapat anak lelaki lepas ni

dengan Amalina dan Oshin

dengan Lyssa

dengan Mama Maszull dan pengantin

p/s : indahnya bibit-bibit percintaan bila sampai ke jinjang pelamin...