Mencari Hotel Yang Berdekatan Dengan PWTC Kuala Lumpur

Di kala semua orang sedang nyenyak tidur, ataupun ada yang sedang tengok televisyen, ataupun ada yang sedang belajar, ataupun ada yang sedang mengadap blog. Tidak kisahlah tengah buat apa waktu sekarang ini. Hmmmm... Mia pula sedang sibuk mencari hotel yang berdekatan dengan PWTC. Ni dah masuk bulan November, hotel pun belum pilih lagi. Mia akan menghadiri Konvokesyen OUM yang ke 13 pada bulan Disember nanti.

Katanya kalau booking secara online melalui www.agoda.com atau www.booking.com akan dapat banyak diskaun daripada harga asal. Teringin juga nak mencuba.




Mia tengah belek-beleklah ni, mencari-cari mana yang berkenan di hati dengan bajet yang mencukupi. Mengikut perancangan, yang akan pergi nanti ialah Suami Mia, Sofea, Mak Mia dan Ayah Mia. Sofea masih kecil lagi dan tidak boleh masuk ke dalam dewan. Jadi Suami Mia dan Ayah Mia yang akan masuk ke dalam dewan. Mak Mia akan jaga Sofea di bahagian luar yang disediakan.

Susah hati juga ini. Tidak tahu nak tidur di hotel mana. Yang pastinya paling lambat sekali sebelum akhir bulan November ini Mia dah pilih hotel mana dan buat booking terus masa tu...

p/s: untuk keselesaan, akan booking 2 bilik....