Mia Penerima Anugerah Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA)

Alhamdulillah, syukurnya Mia apabila menerima panggilan telefon daripada Open University Malaysia Kuala Lumpur petang semalam menyatakan Mia terpilih untuk menerima Anugerah Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA) bagi Majlis Konvokesyen Open University Malaysia yang ke 13 pada bulan Disember 2012 ini di PWTC Kuala Lumpur.

Mengalir airmata Mia tanpa disedari. Memang terkejut betul. Hanya seorang pelajar yang dipilih dan pelajar itu ialah Mia. Satu penghargaan yang paling bermakna dalam hidup Mia.

Pagi tadi Mia pun telah menerima emel ini...

klik pada gambar untuk besarkan

Mia perlu hadir pada Sidang 1 hari Sabtu 15 Disember 2012 untuk menerima Anugerah ini dan juga hadiah USD300 diiringi skroll Bachelor of Information Technology with Honours. 

Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada keluarga Mia... suami tercinta, mak dan ayah yang dikasihi, adik-beradik yang disayangi kerana telah banyak memberi perangsang, sokongan dan dorongan semasa Mia belajar di Open University Malaysia.

Tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang mengenali Mia, sama ada di pejabat, rakan-rakan OUM, facebook, twitter dan blogger yang sudi doakan Mia selepas tercalon untuk Anugerah ini.

"Tiada Rahsia Dalam Kejayaan. Ia Adalah Hasil Daripada Persediaan, Kerja Keras dan Belajar Daripada Kegagalan" - Colin Powell"

Terima kasih Open University Malaysia!

p/s: mengalir air mata ini...