Pencalonan Anugerah Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA)

Selepas mengetahui yang Mia tidak berjaya dalam pemilihan Anugerah Canselor tempohari, Mia sebenarnya agak sedih. Tidak mengapalah bukan rezeki Mia.

Tiba-tiba semalam petang hampir pukul 5.00 petang, Mia terima panggilan telefon daripada Kuala Lumpur. Pelik juga, siapa pulalah yang nak telefon Mia petang-petang macam ni. Bila diangkat rupanya Puan Asfura Shairen Mohd Noh dari Unit Penilaian dan Peperiksaan Open University Malaysia hubungi Mia dan memberitahu yang Mia telah dipilih untuk masuk pencalonan Anugerah Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA) untuk Konvokesyen ke 13 Open University Malaysia nanti. Punyalah terkejut juga, sebab macam tidak percaya. Rasanya pertama kali Mia dengar tentang Anugerah (Award) ini yang merupakan anugerah khas bagi pelajar jurusan teknologi maklumat.

Mia dikehendaki menyediakan butiran maklumat yang diperlukan beserta gambar saiz pasport dalam tempoh sehari dua ini. Bila dah siap nanti Mia akan emelkan kepada Puan Asfura.

Terima kasih kepada Open University Malaysia kerana memberi peluang yang amat berharga ini kepada Mia. Terharu sungguh rasanya. Nak menangis pun ada ni. Apa-apa pun Mia rasa syukur sangat apabila dicalonkan.

p/s: tolong doakan Mia ya....