Banyak-banyak filem gangster yang Mia tengok, filem Tai Kun ni banyak bawa kelainan dan memang best. Dah habis cerita barulah tahu siapa Tai dan Kun sebenarnya. Paling Mia suka penggunaan ayat yang mereka berdua gunakan dalam filem ini... memang sweet-sweet ma... 

Mia ada juga terfikir ingatkan mereka berdua ni tamakkan duit sebab buat kerja untuk dua gangster besar, Sarip Cobra dan Manan Ros Hitam. Banyak sangat imbuhan yang mereka dapat daripada dua gangster besar ini.

Ada lawak dan tidak gering gusi. Pendek kata, amat menghiburkan. Bagus juga cerita ini, banyak mesej yang disampaikan dalam bentuk bersahaja. Tengok berulang kali pun memang tidak membosankan.

Sepanjang masa ada suspen sahaja dan tidak sabar untuk menunggu babak seterusnya. Paling tersentuh di babak terakhir masa mereka berdua ini perlu bergaduh dan salah seorang yang menang dan bawa pulang girlfriend yang diculik oleh kedua-dua geng gangster, Sarip Cobra dan Manan Ros Hitam. Nasib baiklah mereka berdua ini cerdik dan berjaya juga akhirnya.




p/s: kena tengok sampai habis, baru faham ceritanya.....