Sememangnya Mia agak sibuk pada bulan Jun ini, memandangkan setiap minggu ada sahaja kursus yang perlu dihadiri di Kuala Lumpur. Tak sabar nak tunggu sampai awal bulan Julai. Lepas itu barulah menarik nafas lega. Tidak boleh nak buat apa, dah namanya kerja, kenalah pergi juga.

Namun aktiviti update blog setiap hari tetap diteruskan bagi mengekalkan prestasi ranking blog ini. Kalau dah jatuh teruk, susah nak naik balik. Bukan senang nak jaga ranking ini. 

Baru pagi ini Mia sempat nak berblogwalking ke blog-blog rakan sambil meninggalkan komen. Kalau ikutkan tidak terbalas semua jejak dan komen yang ditinggalkan di blog ini. Jangan berkecil hati. Harap faham dengan keadaan Mia ya.

Seronok sebenarnya dapat baca kisah-kisah blogger ini. Ada yang pergi bercuti, ada yang buat entri masakan, ada yang kahwin, ada yang suka membebel, ada yang nak exam, ada yang cuti, ada yang shopping, ada yang cerita pasal anak, ada yang cerita pasa dia dan macam-macam lagi.

Blogwalking pun secara ekspres ibarat bullet train. Banyak blog yang hendak dikejar. Mana yang sempat sahaja. Kalau terjumpa blog yang belum di follow, Mia terus follow sebagai tanda sokongan Mia pada mereka. Nasib baik Mia mute kan speaker, kalau tidak tentu pening dengar bunyi lagu yang macam-macam dari blog-blog yang berlainan. Boleh jadi mabuk blogwalking dibuatnya. 

Walaubagaimanapun, Mia nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi bertandang ke blog ini. Terasa meriah dan mesra.

agak-agak kalau terasa Mia dah lama tak berkunjung ke blog tu, beritahu ya...