Tentu anda semua perasan yang Mia ada menggunakan borang atau form untuk pengunjung berhubung terus kepada Mia di SINI

Paparan bawah akan muncul dan pengunjung bolehlah mengisi butiran maklumat yang diperlukan dan tekan butang Send.


Perlu diingatkan, tidak semua pengunjung boleh berinteraksi dengan kita melalui ruangan komen, facebook, twitter dan google+.

Mia gunakan Kontactr untuk buat contact form ini di http://kontactr.com. Cara-cara nak buatnya pun tidak begitu susah.


Perlu daftar terlebih dahulu dengan klik pada butang Sign Up dan masukkan email mana yang hendak kita gunakan. Kemudian barulah masukkan coding contact form ini ke dalam blog kita sama ada melalui entri atau page yang baru. Mia lebih suka masukkan coding ini ke dalam page dan buat link Contact Me dari laman utama blog.

Setiap pengunjung yang ingin berhubung dengan Mia, hanya perlu klik pada link Contact Me di laman uatama blog dan isikan butiran ke dalam Contact Form. Apabila pengunjung klik pada butang Send, dengan segera ianya akan dihantar terus ke dalam inbox email Mia.

Balaslah email tersebut seperti biasa dengan syarat pengunjung telah memasukkan butiran email di contact form dengan betul. Jika tidak, email balasan tidak akan sampai kepada pengunjung.

Selamat mencuba...

mudah dan senang...