Tahniah diucapkan kepada Mimie Najib kerana terpilih memenangi Segmen Follow & Blogwalking #3. Marilah sama-sama kita terjah entri terbaik Mimie...


Sejarah Menjadi Blogger

"harini nak cerita kisah masa mula-mula saya nak menceburkan diri dalam dunia blogging. saya start berblog rasanya tahun 2009 kut. lama juga la kan. tapi tu kat blog lama. dah terhapus pun blog tu. serabut rasa. dan entry dalam pun lebih pada luahan hati semata-mata. geram pun ada.mara pun ada.. tapi saya private blog tu.

mesti stress je kan dengar.. jangan minta link tau..hahaha.. sy pun dah x ingat dah. memang nak hapuskan dari ingatan ni pun. sebenarnya saya ni dari zaman sekolah lagi teringin nak ada diari online. tapi masa tu macam tak fikir sangat nanti orang baca kisah ko macam mana.. haa, tak terfikir pun..mungkin time tu fikir macam mana nak pemes macam retis??.. ahaaaks!.. :p   *mimpi je lah*

pastu dah habis form6 la bermula segalanya.. cewaaah, ayat.. haha.. cikgu saya ada buat blog. time tu saya bayang kan macam ni.. 'hebatlah cikgu ni..ada web sendiri..bestnya..'!

bayangkan la tu yang saya boleh terfikir. padahal tu blog..tapi saya tak reti lagi bab-bab blog ni.. masa tu cikgu saya letak gambar kelas kami.. best sangat. dengan lagunya.. menitik airmata ni bila masuk blog cikgu tu.. sebab rindu sangat-sangat dengan kenangan masa sekolah. masa tu dah terfikir nak juga buat macam tu..tapi tak reti. 

pastu setahun kemudian kut, kawan saya cik min maya ni bagi link blog dia. ingat lagi, time dia hantar msg tu, saya tengah drive. dah sampai umah baru baca msg dia. pastu malam tu buka blog dia.. serius, terus rasa hati ni nak macam tu juga. pastu blog saya yang pertama tu, cik min maya tu la yang tolong buatkan. maklum la, time tu excited, tapi bengap sikit nak buatnya..hehhee

dah siap create, start la saya berblogging.. malangnya saya tak pandai nak berkawan dengan blogger lain lagi masa tu.. pastu lastnya blog tu berkubur jadi diari saya tuk luah lepas geram..hik hik hik.. kejam bunyi nya kan.. terus saya private.. setahun lebih kemudian la baru saya create blog ni sendiri."

Nak tahu kisah selanjutnya, jom kita terjah SINI.

Mia akui kita sebagai blogger masing-masing ada sejarah tersendiri. Suka dan duka yang ditempuhi semasa berblog adalah pengalaman yang berharga dalam hidup seorang blogger. Bermula dari susah. Bermula dari kosong. Bermula dari tidak tahu. Tahniah kepada Mimie kerana menjadi blogger tegar sekarang ini, walaupun pernah ada satu blog yang terkubur. Sukar untuk diluahkan dengan kata-kata perasaannya bila kita ada blog sendiri. Kalau kita tiada blog, memanglah kita akan terasa bestnya ada blog. Bila dah ada blog, baru tahu perasaan itu bagaimana sebenarnya. Mia doakan semoga Mimie teruskan berblog dan meriahkan komuniti blogger kita. Syabas!

jemput berkenalan dengan Mimie...