Tahniah diucapkan kepada Emas Putih kerana terpilih memenangi Segmen Follow & Blogwalking #3. Marilah sama-sama kita terjah entri terbaik Uzu...
Ingat Senang Jadi Blogger?

"Korang fikir blogger tu senang sebab hanya update entry-->publish-->update entry-->publish. Korang fikir blogger tu just merepek mereban je kan? Korang fikir blogger tu takde kehidupan?Korang fikir blogger tu takde masa depan? Korang fikir blogger tu hanya buang duit je nak bayar duit wifi? Korang fikir blogger tu .... hanya buang masa?

"nak jadi blogger? alah senang je. Sign up je blog, jadi lah blogger"

Dalam dunia blog ni, ada 2 tujuan :

1. Suka-suka je nak ada blog
2. Blog sebagai sumber pendapatan dan tempat perkongsian

Kalau nak jadi blogger yang senang, jadi lah blogger yang suka-suka je nak ada blog. Yang tulis blog luahkan pasal cinta, putus cinta, kecewa dan sewaktu dengannya.

Tapi kalau nak tau blog ni bila kita serius dan jadi blog part time/full time, boleh buat duit selain daripada berkongsi pendapat, info , isu semasa , tips dan tutorial."

Selanjutnya, jom terjah SINI.

Betul apa yang dinyatakan oleh Uzu. Bukan senang nak jadi blogger. Perlu banyak pengorbanan kalau betul-betul ingin jadikan blog itu mantap. Semuanya kena buat sendiri. Tiba-tiba teringat kisah Mia masa mula-mula blog dulu dari hanya untuk suka-suka. Ada orang datang ke... Tidak ada orang datang ke... tidak kisah pun. Lama-kelamaan bila dah serius, akan terbit perasaan di hati ingin memantapkan blog sehingga ke tahap sekarang ini. Alhamdulillah, followers pun dah melebihi 10k.. Macam tidak percaya pun, ada juga..

Mia tengok pun blog Uzu sekarang sudah semakin mantap dengan beberapa kali update setiap hari. Syabas ya Uzu...

jemput berkenalan dengan Uzu...