Semalam, Mia telah menghadiri Seminar Media Sosial di Kuala Lumpur. Memang seronok rasanya apabila didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang penggunaan laman sosial dan elemen-elemen yang ada di dalamnya.

Media sosial adalah medium interaksi atas talian yang semakin terkenal dan popular kini. Di Malaysia sahaja seramai lebih 12 juta pengguna facebook, 1.1 juta pengguna twitter manakala lebih 1 juta menggunakan LinkedIn. Ini menjadikan media sosial sebagai medium yang tepat untuk digunakan dalam interaksi dengan masyarakat, berkongsi pandangan serta hebahan, menyampaikan maklumat penting dan juga sebagai platform untuk pemasaran.






Satu perkongsian ilmu dan kepakaran yang sungguh menarik. Banyak yang dipelajari.

terlalu seronok belajar, sehingga terlupa nak ambil gambar sendiri...

posted from Bloggeroid