Dulu-dulu Sofea suka color satu warna je. Tak ada guna banyak warna. Sekarang ini dah mula buat color gradient. Ala... yang jenis warna-warni tu... Ni mesti kes nampak Mia buat design kat Adobe Photoshop dengan color gradient. Dah tu semua huruf dia buat gradient.





cantik kan... huruf diwarna begini

Baru perasan semalam, masa tengok-tengok buku dia ni. Maklumlah banyak buku tadika dia ni. Habis dia color semua huruf dengan pelbagai warna secara gradient. Bila ditengok lama, cantiklah pula huruf-huruf ni.

Bila ditanya, kenapa buat color macam tu. Dia kata kalau mak dia boleh color macam tu kat komputer, dia pun boleh buat kat buku sekolah. Amboi.... pandai pula menjawab. Tidak mengapa. Sekurang-kurangnya dia dapat belajar sesuatu masa Mia design dan pandai praktikkannya.

penuh warna-warni dibuatnya....