Sebagai blogger memang kita akan sentiasa pastikan blog berupdate dan menerima kunjungan trafik setiap hari. Sesekali luangkan masa untuk blogwalking ke blog rakan-rakan. Sejak dari newbie lagi, blogwalking dah menjadi rutin mingguan Mia. Kalau dahulu bolehlah nak blogwalking setiap hari tetapi sekarang ini bila dah terikat dengan beberapa komitmen, Mia akan cuba luangkan blogwalking setiap minggu.

Kadang bila seronok blogwalking kita tak sedar betapa banyaknya blog kita dah terjah. Tapi kan Mia paling suka blogwalking melalui senarai peserta segmen/ giveaway. Sebab senang nak tinggalkan jejak dengan komen yang sama di samping berkenalan dengan blog baru.

Bila kita dapat blogwalking ke blog-blog lain yang berlainan niche, secara tidak tidak langsung kita boleh menambah pengetahuan, pengalaman dan apa-apa input yang kita tidak tahu selama ini... di samping menambah kenalan komuniti blogger lain.

Rindunya Mia.. nak blogwalking hari-hari macam dulu...

** jom blogwalking....