Minyak Yu Yee Cap Limau Selamat Dan Halal Digunakan



Minyak Yu Yee Cap Limau selamat dan halal digunakan oleh semua. Tidak perlu bimbang atau was-was ketika nak gunakannya kerana ianya mendapat pengiktirafan halal dan ada logo halal di botol dan packaging Minyak Yu Yee Cap Limau.

Minyak Yu Yee Cap Limau yang terkenal sejak dulu lagi.. mempunyai banyak kegunaan dan sebagai alternatif rawatan luar kepada masalah sendi otot, sakit perut, sakit kepala dan selsema. Mia pun gunakan Minyak Yu Yee Cap Limau ini di rumah dan di pejabat. Juga ada standby satu botol kat dalam handbag sekiranya ada kecemasan.

Mia kongsikan beberapa pengalaman Mia menggunakan Minyak Yu Yee ini yang ternyata menjadi pilihan ramai pengguna di luar sana. Semasa Sofea kecil,  Sofea kerap selsema dan tak selesa bila nak tidur malam. Selepas Mia sapukan dengan Minyak Yu Yee Cap Limau di bawah kedua-dua tapak kaki dan belakang betis barulah Sofea boleh tidur dengan nyenyak. Ini berlaku terutamanya bila keadaan cuaca sejuk di waktu malam. Sampai dah besar sekarang ni pun, masih gunakan Minyak Yu Yee Cap Limau bila Sofea sukar nak tidur akibat selsema.

Mia pula bekerja seharian mengadap komputer dan pastinya mudah rasa letih dan sengal-sengal di bahagian tengkuk dan leher. Lega rasanya apabila disapukan dengan Minyak Yu Yee Cap Limau. Baunya pula boleh mengurangkan sakit pening kepala. Rasa tenang dan segar.

Minyak Yu Yee Cap Limau juga digunakan secara tradisional untuk melegakan sakit perut akibat tersalah makan atau perut masuk angin. Semasa musim perayaan Aidilfitri baru-baru ini, perut Mia meragam, mungkin disebabkan agak banyak makan juadah raya yang pelbagai jenis semasa beraya. Nasib baik ada Minyak Yu Yee Cap Limau dalam handbag, terus Mia sapu ke atas perut dan rasa lega.

Tidak perlu disangkal lagi kelebihan dan kegunaan Minyak Yu Yee Cap Limau ini. Dipercayai turun-temurun dan amat berkesan apabila digunakan.


Simbol Halal ada di botol dan packaging Minyak Yu Yee Cap Limau



Cukup puas hati guna Minyak Yu Yee Cap Limau ni



Screenshot dari Portal Halal Malaysia berkenaan status halal untuk produk Minyak Yu Yee Cap Limau dan terbukti ianya selamat dan halal digunakan oleh mereka yang beragama Islam.



Semakan di Portal Halal Malaysia. Link di http://www.halal.gov.my/v4



Kandungan :
Peppermint Oil - 36.0% w/v
Clove Oil - 2.6% w/v
Menthol - 1.6% w/v
Borneol - 1.0% w/v
Cortex Cinnamoni - 1.0% w/v
Resina Calamus Draco - 1.0% w/v
Nutmeg Oil - 0.6% w/v
Light Liquid Paraffin - q.s. 100%


Indikasi :
Untuk melegakan sakit-sakit ringan pada otot dan sendi dan untuk melegakan simptom kembung perut dan selesema.

Dos / Cara Penggunaan :
Gosok ke atas tempat yang sakit apabila diperlukan.

Kesan Sampingan / Kontraindikasi :
Tidak boleh digunakan bagi orang yang berhipersensitif terhadap bahan-bahan dalam persediaan berkenaan.

Amaran / Perhatian :
Untuk kegunaan luar sahaja. Kesan sensitif kulit mungkin berlaku. Jangan kenamata. Jangan sapu ke atas luka / kulit yang rosak. Jangan sapu ke dalam lubang hidung bayi. Jika penyakit berterusan dapatkan nasihat doktor.

Penyimpanan :
Simpan persediaan ini di suhu bilik (25° C - 30° C). Jauhkan dari kanak-kanak. Tarikh luput : 4 tahun dari tarikh pengeluaran.

Saiz Bungkusan :
Botol kaca : 5ml, 10ml, 22ml, 48ml.





Dibuat oleh :
Weng Seng Heng Medical Factory Sdn. Bhd.
(GMP Factory)
1235-D&E, Jalan Paya Terubong
11060 Penang Malaysia

Facebook :

Email :
wshkimchuan@gmail.com


** serasi dengan Minyak Yu Yee Cap Limau...

Post a Comment

7 Comments