Dulu lain.. sekarang dah lain. Wajah Kuala Lumpur sekarang sudah tidak macam dulu lagi semasa Mia belajar dan mula kerja swasta dari tahun 1997 hingga 2002. Terlalu banyak bezanya. Rasa mcam tak percaya pun ada. Tidak tergambar dengan kata-kata. Terlalu teruja. Amazing... Awesome...

Yang Mia paling tak sangka... dulu Mia pernah lepak dengan rakan-rakan sekelas yang belajar IT di pertembungan Sungai Gombak dan Sungai Klang. Biasalah, dah habis kelas, konon nak release tension. Kesiannya kat sungai ini. Keadaan tidak terjaga. Masa itu sempat lagi berseloroh kalaulah pertembungan dua sungai ini dan Masjid Jamek ini diberikan nafas baru oleh kerajaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pastinya kota metropolitan Kuala Lumpur akan hidup dan segar di waktu malam. Maklumlah tengah cari idea nak menyiapkan assignment multimedia. Macam-macam brainstorming apa yang ada di depan mata.



Kini.... ternyata ianya telah menjadi satu kenyataan. Projek 'River Of Life ' (ROL) atau  'Kolam Biru' menjadi salah satu daya tarikan pelancongan baru di bandar Kuala Lumpur. Dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Ogos 2017. Kolam Biru sepanjang 10.7 km adalah pertemuan dua sungai dalam bandar iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klang di tengah Masjid Jamek Kuala Lumpur.

Sebagai warganegara Malaysia, Mia perlu tahu info tentang ini. Projek ROL tersenarai di dalam Bidang Ekonomi Negara Utama Negara (NKEA) telah bermula pada 2011 dan dijangka berakhir pada 2020. Ianya menelan belanja sebanyak RM3.4 bilion dalam melakukan kerja-kerja pembersihan sungai sebagai skop utama projek meliputi lapan sungai iaitu Sungai Gombak, Sungai Batu, Sungai Jinjang, Sungai Keroh, Sungai Bunus, Sungai Ampang, Sungai Klang dan Sungai Keroyong sepanjang 110 kilometer.



sumber gambar : google


Jom tonton dua video ini untuk gambaran yang lebih jelas tentang 'River Of Life ' (ROL) atau  'Kolam Biru'.

River of Life Transforms Kuala Lumpur


KL's River Of Life Project : Transforming The Lifeblood Of KL


Memang sangat cantik pemandangan sungai yang sangat indah dengan limpahan cahaya berwarna-warni berserta pancutan air mengikut irama muzik. Inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kerajaan Malaysia yang amat memberangsangkan dan boleh dibanggakan.

Ironinya, 'River Of Life ' (ROL) atau  'Kolam Biru' banyak memberi impak yang positif terhadap komuniti masyarakat Malaysia.  Macam-macam aktiviti boleh dilakukan seperti dijadikan tempat istirehat dan riadah. Boleh berbasikal, jogging, menonton persembahan buskin (muzik jalanan) sambil menikmati pemandangan menarik ini. Secara tidak langsung membuka peluang perniagaan baru dan boleh meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat. 

Kalau pergi bercuti ke Kuala Lumpur wajib singgah ke sini.


Hidup Kuala Lumpur! Hidup Wilayah Persekutuan!


** majulah industri pelancongan untuk negara... yeahhh....