image Tutorial Blog | Tukar dari HTTP ke HTTPS - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Friday, 8 March 2019

# Tutorial

Tutorial Blog | Tukar dari HTTP ke HTTPS

Wahhh... sekarang ini terasa begitu pentingnya menggunakan HTTPS. Apatah lagi enjin carian (search engine) telah pun berikan keutamaan (priority) yang lebih kepada website/blog yang gunakan HTTPS. Mia dapati ramai blogger yang ada domain masih menggunakan HTTP. Rentetan dari entri semalam di SINI, Mia rasa lebih yakin apabila blog ini telah bertukar ke HTTPS. Mood suka.

Di entri tutorial ini, Mia akan tunjukkan cara-cara untuk tukar kepada HTTPS. Memandangkan semasa Mia buat, tak sempat nak printscreen prosesnya jadi Mia terangkan dengan menggunakan teks. Sila ikuti langkah-langkahnya satu persatu.



Download dan Install Text Editor

1. Sila buka https://www.sublimetext.com di browser anda.

2. Download software Sublime Text Editor.

3. Kemudian install ke pc / laptop anda. Kita akan gunakan software ini untuk edit coding blog nanti.


Klik pada Download For Windows untuk download

Paparan dari software Sublime Text Editor yang telah di install



Tukar ke HTTPS

*nota peringatan*
Sila buat backup coding blog anda sebelum buat apa-apa perubahan baru pada blog anda. Ini untuk memastikan sekiranya terdapat kesilapan semasa penukaran http:// kepada https:// , anda masih ada coding blog yang asal.


Paparan dashboard blogger di Settings >> Basic selepas selesai bertukar ke HTTPS


1. Di Dashboard Blogger anda, sila ke Settings >> Basics.

2. Pergi ke ruangan HTTPS, sila klik Yes di HTTPS availability untuk tukar HTTP ke HTTPS.

3. Refresh browser anda. Semasa ini blog anda akan down dan tidak akan dapat diakses buat seketika.

4. Tunggu beberapa minit sehingga ayat "HTTPS Availability is being processed. Check back later" hilang.

5. Selepas ayat "HTTPS Availability is being processed. Check back later" tadi telah hilang, sila pastikan YES di HTTPS redirect.

6. Kemudian, di Dashboard Blogger sila pergi ke Theme >> Edit HTML.  Right click mouse di dalam Script Box dan pilih Select All untuk pilih keseluruhan coding blog kita.


7. Selepas semua coding blog telah di highlight, Right click mouse sekali lagi dan pilih Copy.



8. Sila buka software Sublime Text Editor. Klik pada File >> New File dan Paste coding blog tadi ke dalam Box.

Right click mouse di dalam ruangan hitam dan pilih Paste


Paparan coding blog dalam software Sublime Text Editor

9. Langkah seterusnya ialah hendak menukarkan semua http:// kepada https:// . Klik pada menu Find >> Replace


10. Paparan berikut akan muncul di bahagian bawah. Sila isikan Find dengan http:// dan Replace dengan https://. Kemudian klik pada Replace All.


11. Proses menukar semua http:// kepada https:// telah selesai dan sila Select All semua coding di dalam Sublime Text Editor ini dan kemudian Copy.


12. Pergi semula ke Dashboard Blogger,  Theme >> Edit HTML dan paste kan coding yang telah diubah tadi dan selepas itu pilih Save Theme.



13. Tunggu sehingga beberapa minit dan kemudian bukalah blog anda.

Maklumat Security di Page Info dipaparkan apabila kita klik pada ikon security hijau pada address bar url blog kita.


Selamat mencuba....


** semoga berjaya....


26 comments:

  1. kalau wordpress tak tau pulak cane..aduiii..dah selamat bertukar kan kak mia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau wordpress katanya kena bayar eda.... cuba tanya pengguna wordpress yang lain..

      Delete
  2. Simpan untuk rujukan ni. Terima kasih kak.

    ReplyDelete
  3. info yang baik untuk pengunjung...

    Salam..sudi kah awak tukar link blog dgn saya? bloglist...... klo sudah beritahu ye di ruang comment

    www.ohbosannya.com

    saya tunggu tau.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. tengok yang htt dan https je... jangan tengok yang lain... memang pening... hihihu...

      Delete
  5. Dah lama tak baca mengenai tutorial pasal blog.. dulu masa memula buat blog rajin jugak.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... hihihi... tutorial ni penting sebab https lebih selamat dan terjamin...

      Delete
  6. huwaaaaaa..... kak sunah sakura.. mohonn bantuinnn nabilaaaa donggg..hahahahhahhaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh... sabar dik non... nanti kak sunah bagi cpr tu...

      Delete
  7. macam susah jer..tapi nak seribu dayakan..

    ReplyDelete
  8. oooooo...kalo kita buat replacement http ke https tu guna wordpad pun boleh kan...nak cuba lah jap lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm... terpulang. boleh juga. tapi disarankan lebih baik guna scripting code editor...

      Delete
  9. Replies
    1. wow... cepatnya... tahniah sunah. kak mia siap spotcheck blog sunah tadi, confirm dah berjaya.... (^_^)

      Delete
  10. Nanti balik Johor baru cuba...
    Ni bawak juga Laptop, tapi tak boleh fokus..nanti baru buat..
    Makaseh Mia ...

    ReplyDelete
  11. sangat menarik cuma kod html berbeda dgn wordpress yang banyak guna Java script

    ReplyDelete
  12. Kena apply bagi blogger lama mahupun yang baru

    ReplyDelete
  13. terima kasih tutorialnya. menjadi dah ;)

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete