Hmmm... Mia dah mula projek menanam pokok di rumah. Sebelum ini pokok bidara dan aloe vera. Kali ini nak cuba pula pokok pegaga dan bayam brazil.

Mia beli pada Isnin 7 September 2020 yang lepas kat nurseri di Kipmart, Tampoi, Johor Bahru.

Jom tengok...


Rambangnya mata bila tengok banyaknya pokok bunga dan lain-lain kat sini.

Pegaga hati ni... tapi Mia nak yang pegaga biasa. Mujur jumpa kat bawah para.

Bayam Brazil yang famous tu... rata-rata nampak yang tanam. Mia pun nak cuba juga lah...

Yes... beli pegaga sepasu... bayam Brazil sepasu. Harganya RM15 sepasu siap dengan pokoknya.


Sukanya dah dapat beli.


Sedang belajar bercucuk tanam di rumah. Harap menjadi...

** sweet gardening... new hobby...