image Projek Recycle Botol Air Kepada Pencil Box - Mia Liana

Saturday, 5 June 2021

# Family Matters

Projek Recycle Botol Air Kepada Pencil Box

Kisah semalam di rumah ini, Mia tolong Sofea menyiapkan homework sekolah dia. Projek recycle dari bahan-bahan terbuang. Lama juga memikir nak dapatkan idea memandangkan kawan-kawan Sofea lain kebanyakkannya dah hantar gambar hasil projek recycle masing-masing. Ada yang buat tong sampah, bekas untuk tanam pokok, tempat letak stationeries dan lain-lain.

Makanya, Mia terpandang botol air yang tidak digunakan di dapur. Boleh juga dibuat projek recycle Sofea. Terfikir pula boleh dibuat pencil box. Hmmm... boleh juga cantumkannya dengan zip dan gam uhu. Untuk hiasan, guna tali pink dan beg pouch duit syiling yang tidak digunakan lagi.

Dan inilah hasilnya.....
Simple saja rupanya. Asalkan siap dan boleh digunakan untuk letak magic pen yang bekasnya dah usang sangat. Selesai homework.


** kadang yang recycle ini boleh diguna semula.....


8 comments: