Bestnya Pakai Baju Jersi Sublimation Dari JRIG Gear

Berkenan sungguh hati ini untuk pakai baju jersi dari JRIG Gear Sublimation & Packaging Printing. Rasa bestnya. Apa tidaknya sejurus selepas Mia sarungkan baju ini, rasa lembut fabriknya dengan ciri microfiber eyelet. Sangat sesuai untuk segala apa jua aktiviti riadah. Terus rasa puas hati dapat pakai baju jersi ini.



Hmmm... cuba tengok nampak betapa selesanya Mia. Sedikit pun tidak rasa rimas walaupun berpeluh kerana kainnya tidak melekap peluh. Ianya sangat sesuai untuk wanita muslimah seperti Mia ini kerana tidak perlu memakai inner tangan memandangkan labuh tangan melepasi pergelangan tangan. Betul-betul menjaga aurat. Ditambah lagi, jenis kainnya yang tidak jarang tetapi mudah kering apabila dibasuh.


Tidak semestinya baju jersi jenis versatile ini hanya boleh dipakai ketika beriadah atau aktiviti exercise tetapi boleh saja untuk dipakai ke mana-mana. Nampak bergaya dengan pilihan design yang menarik. Boleh pilih nak jenis biasa atau bentuk muslimah.



Nampak, kan? Kualiti cetakan printing yang memang terbaik. Tidak mudah luntur. Warna kekal menyerlah seperti mula-mula ianya dipakai walaupun telah lama diguna.

Oh ya... Mia nak war-warkan terdapat banyak pilihan design yang ditawarkan. Memang boleh rambang kalau nak pilih. Ambil masa juga nak buat keputusan.  Di sini Mia nak highlight beberapa koleksi design yang popular. Jemput tengok ya....



Merdeka Collection


Teratai Couple Collection


Belle Couple Collection


Baju Malaysia


Johor T-Shirt


Ada lagi pelbagai design yang boleh kita pilih, nanti bukalah website JRIG Gear ini. Boleh print baju untuk diri sendiri, couple atau yang nak sedondon seisi keluarga untuk aktiviti family gathering. Nampak eksklusif dan berketrampilan. Orang lain pandang pun boleh tertarik.

Jadinya, boleh hubungi terus contact di bawah untuk buat tempahan baju mengikut citarasa anda. Harganya pun sangat berbaloi. Pendek kata memang puas hati bila pakainya.

Jom buat tempahan sekarang!



JRIG Gear
Sublimation and Packaging Printing


Email : jriggear@gmail.com


Whatsapp atau Call : 011 1097 9736 atau 011 1076 5736



Post a Comment

6 Comments