Finisher AKRAB Merdeka Virtual Run 69KM

Alhamdulillah... akhirnya berjaya juga Mia selesaikan misi 69km. Brisk walking secara runcit-runcit dalam bulan Ogos ini. Sebelum ini Mia ada cerita kisah Mia join di SINI.

Macam tak percaya bukan? Siapa sangka Mia juga boleh jadi Finisher AKRAB Merdeka Virtual Run 69KM. Bak kata orang usaha itu tangga kejayaan. Merata-rata tempat Mia brisk walking. Bila dikumpul semua screenshot dari apps Samsung Health, banyak juga. Paling jauh brisk walking sebanyak 8.02km pada 22 Ogos 2026. Jumlah terkumpul sebanyak 69.14km. Kesedaran buat Mia... exercise itu penting untuk kesihatan fizikal dan mental.









Tahniah diucapkan kepada anda kerana telah membuktikan semangat juang yang tinggi dan berjaya menamatkan larian sejauh 69km dalam Program AKRAB Merdeka Virtual Run 2026 yang berlangsung dari 24 Julai hingga 16 September 2026!

Kejayaan mengharungi jarak 69km ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan, selaras dengan semangat patriotisme dan ketahanan diri yang kental.

Sebagai tanda penghargaan atas kegigihan dan keringat yang telah anda curahkan, bersama-sama ini dilampirkan Sijil Penyertaan Digital anda. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk anda terus aktif, sihat, dan terus melangkah jauh dalam program-program akan datang.



** mood syukur...

Post a Comment

4 Comments

  1. Waaa.. hebat tahniah.. saya masih tak berjaya satu pun larian apps ni hahhaaaa

    ReplyDelete
  2. Congrats kak mia 🎉🎉🎉🎉. Pasti bisaaaa kaaan, 👍👍😉. Semoga terus konsisten walaupun challenge yang ini sudah achieve

    ReplyDelete