KPKM Digital Connect 2026 - Coffee Talk With CDO (Part 2)

Bersambung dari entri sebelumnya di SINI. Pada sebelah malamnya, Mia dan bos Mia hadir memeriahkan Sesi Digital Chill & Connect. Malam itu kami menikmati makan malam bersama-sama sambil dimeriahkan dengan pertandingan Best Denim of the Night - mencari siapa yang tampil dengan gaya best dress bertemakan denim gitu! Acara kemudiannya diteruskan dengan sesi ice breaking, digital networking activities dan kemuncaknya sudah tentulah acara cabutan bertuah yang dinanti-nantikan.

Rasanya tak perlu Mia bercerita panjang lebar di sini. Biarlah gambar-gambar ini yang berbicara dengan sendirinya, menggambarkan betapa meriah dan gembiranya semua yang hadir. Momen seperti ini memang terasa sangat berharga sebab bukan senang nak berkumpul beramai-ramai dalam suasana santai macam ni. So sweet... Jom kita layan...











Alhamdulillah... rezeki Mia pada malam itu dapat membawa pulang sebuah Food Steamer! Syukur sangat, termakbul doa Mia petang tadi sebab barang ini memang belum ada lagi di rumah. Bos Mia pula bertuah membawa pulang kipas angin. Paling seronok, semua peserta pulang bukan dengan tangan kosong kerana masing-masing juga dapat hadiah cabutan bertuah.



* tidur dengan senyuman...

Post a Comment

0 Comments