Friday, November 25, 2011

Tayar Pancit Lagi Buat Kali Kedua

Bangun-bangun pagi sahaja, Mia akan kemas barang-barang yang hendak dibawa ke pejabat dan rumah Mak Semah. Hari ini Mia bangun pukul 5.30 pagi.

Perasan tayar belakang pancit pula. Angin betul ni. Masuk ni dah kali kedua tayar pancit. Sebelum tu, tayar depan yang pancit. Masa betulkan tayar depan yang pancit 2 minggu lepas, ada macam stapler besar melekat kat tayar. Kali ini pula tak pasti lagi, samada paku atau stapler besar tu lagi.

Tempohari Mia ada buat entri tentang pejabat Mia sedang mula buat construction, di bahagian depan, tengah dan belakang. Mia parking kereta pun agak jauh, di pintu masuk naik bukit dalam kawasan pejabat. Nak buat macam mana.... Dah hari-hari pergi kerja bawa kereta, takkan nak parking kereta kat Bank Islam pula. Jauhnya.

Kesiannya, tayar yang jadi mangsa. Mia tak pasti kalau rakan-rakan sepejabat lain turut mengalami nasib yang sama dengan Mia. Sedihnya... pagi-pagi lagi dah sedih ni. Kejap lagi nak operasi tukar tayar spare dengan suami...

Inilah rupa tayar belakang yang pancit itu... 

Sebelum itu, tayar ni yang pancit 2 minggu lepas

p/s: Mood bengang ni... Kita punya lah sayang dan cukup hati-hati...

Bersambung pada entri Aktiviti Menukar Tayar Yang Pancit.

20 comments:

  1. Kalau macam itu mesti kerana contractor yg tak tahu jaga kebersihan.. debris campak sesuka hati..

    ReplyDelete
  2. Asyik pancit jer hihihi kopak duit...Kereta kat umah nie...tak pernah pancit lagi tau...

    ReplyDelete
  3. eh eh, boleh bjangkit2 pulak tayar tu nak pancit ek kak mia.

    ReplyDelete
  4. hati2 ye dik, bahaya jugak kalau camtu..

    tambah kurang la duit utk shopping kan..hehe. jangan maree JS gurau je tau..bukan ke gurau senda tu bawa bahagia kan...

    JS harap mia tabah dengan dugaan yg dihadapi...insyaallah ada hikmah disebaliknya..ameen

    ReplyDelete
  5. kali kedua plak ka akak...x pe abg ismail lambung sentiase boleh tolong akak tu...kirim salam die ek..hehe

    Kingdom Tower ketinggian 1600meter (1.6KM)

    ReplyDelete
  6. dtg singgah sni.. thanks ye sudi singgah my blog..

    ReplyDelete
  7. @Kakzakie tu la. nak wat camne. kali kedua terkena lagi, tu yang masukkan dalam blog... nak lepas geram..

    ReplyDelete
  8. @Cik Rose Cute tu la... dah nasib takleh nak buat macamana lagi... huhuhu..

    ReplyDelete
  9. @Kartini ni dah dua terkena, lepas ni memang kena lebih berhati2..

    ReplyDelete
  10. @dwaty duit memang la kena keluar lagi... sabar je ni...

    ReplyDelete
  11. @jemarisuri terima kasih JS. terharunya bila mia baca komen JS tu... :)

    ReplyDelete
  12. @ewanrani haah... ok. akak dah sampaikan salam kat abg mail ko tuh... :)

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.