Blogwalking Seadanya - Mia Liana

Sunday, June 9, 2013

# Blog Matters # Tips

Blogwalking Seadanya


Sememangnya Mia agak sibuk pada bulan Jun ini, memandangkan setiap minggu ada sahaja kursus yang perlu dihadiri di Kuala Lumpur. Tak sabar nak tunggu sampai awal bulan Julai. Lepas itu barulah menarik nafas lega. Tidak boleh nak buat apa, dah namanya kerja, kenalah pergi juga.

Namun aktiviti update blog setiap hari tetap diteruskan bagi mengekalkan prestasi ranking blog ini. Kalau dah jatuh teruk, susah nak naik balik. Bukan senang nak jaga ranking ini. 

Baru pagi ini Mia sempat nak berblogwalking ke blog-blog rakan sambil meninggalkan komen. Kalau ikutkan tidak terbalas semua jejak dan komen yang ditinggalkan di blog ini. Jangan berkecil hati. Harap faham dengan keadaan Mia ya.

Seronok sebenarnya dapat baca kisah-kisah blogger ini. Ada yang pergi bercuti, ada yang buat entri masakan, ada yang kahwin, ada yang suka membebel, ada yang nak exam, ada yang cuti, ada yang shopping, ada yang cerita pasal anak, ada yang cerita pasa dia dan macam-macam lagi.

Blogwalking pun secara ekspres ibarat bullet train. Banyak blog yang hendak dikejar. Mana yang sempat sahaja. Kalau terjumpa blog yang belum di follow, Mia terus follow sebagai tanda sokongan Mia pada mereka. Nasib baik Mia mute kan speaker, kalau tidak tentu pening dengar bunyi lagu yang macam-macam dari blog-blog yang berlainan. Boleh jadi mabuk blogwalking dibuatnya. 

Walaubagaimanapun, Mia nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi bertandang ke blog ini. Terasa meriah dan mesra.

agak-agak kalau terasa Mia dah lama tak berkunjung ke blog tu, beritahu ya...

96 comments:

  1. sama la kak..klu jarang bw..mmg jatuh teruk prestasi...dulu masa rajin ada2 juga la UV lepas setahun layan malas nah jatuh dgn teruk dan terukkkkkk sangat..skrg mengejar balik apa yg sudah jatuh..hihh

    ReplyDelete
  2. betoi le cik mia...kalo dah lame tak update blog lame....trafik dgn ranking memang jatuh.... nak naik balik payah....

    ReplyDelete
  3. tak pelah kak...ada masa bw lah kak..:)

    ReplyDelete
  4. hehe. keja gomen memang macam tu la kan kak mia :)
    PG pun kalau sempat blogwalking, memang blogwalking terus. singgah mana yang sempat. rangking? tak sampai ke tahap tu lagi. sekadar nak balas jejak, hurm, bolehla :) hehe. apa pun, selamat berhujung minggu buat kak mia dan pembaca kak mia sama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang camtu... samalah dengan kak mia..

      Delete
  5. Morning Kak Mia..xpe Kak, buat pelan2..skit2 lama2 abis juga blogwalking

    ReplyDelete
  6. wah...kursus pe kak mia amik...?kursus mlalui jabatan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp krole... kursus kemahiran untuk web development dari bulan 5 sampai awal bulan 7.

      Delete
  7. rajin juga bw ye? jarang2 bw.... hahaha. lepas ni, kena rajin balik =)

    ReplyDelete
  8. Kenit pun suka blogwalking. Ia sbg tanda penghargaan kita pada rakan blogger lain.

    Tapi kekangan masa dan anak2 kdg2 mwmberi cabaran tuk habiskan blogwalking ni hehe.

    Kalau lah sy punya kederat spt kak mia hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan.. best sebenarnya kalau blogwalking ni. tapi kena tengok masa kita juga kan...

      Delete
  9. saya sendiri lama xBW....kekangan masa,xde lappy buat aktiviti berblog makin kurang...BW seadanya jugak ni...hihiii

    ReplyDelete
  10. takpe kak mia.. aiza faham.. kesibukan membataskan aktiviti blogwalking..

    ReplyDelete
  11. time bz mmg cam tu
    nak tgk blog sendri pun x sempat.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan sop... harapkan handphone untuk membalas komen di blog sendiri huhuhu...

      Delete
  12. sama la kak.. sy pun dh habis cuti.. mkin busy la lpas nih... hmm.. apa2 keep on writing... :)

    ReplyDelete
  13. salam hari ahad untuk sis mia yang sentiasa ceria.wah busy benor ye..takpe sis semua tu pahala...jangan lupa tau bw blog saya jugak he3..sebab komen sis mia walaupun simple tapi padat ngee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam alea.... tq ya.. kak mia singgah sana juga kadang2..

      Delete
  14. sekarang muim cuti sekolah. mmg banyak blogger wa t entri pasal tu. sis dalam2 busy tapi entri tetap up juga. hehe
    ok sis mia. tc yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... sis moy.. thanks ya. kak mia pun dah ke sana tadi, menarik sungguh entri ketiak tu... opsss..

      Delete
  15. selalu blogwalking ke blogger semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salute dengan kak sukma... rajin betul bw sana sini...

      Delete
  16. takpe, rasanya blogger lain faham kot dengan keadaan kak mia. hehe. mesti penat kan terkejar-kejar. tapi salute dengan kak mia, sesibuk mana pun, entry tetap update. tu yang best :)

    ReplyDelete
  17. yeay! kak mia dh singgah kt kte! hehe..aah bw ni mmg best! mcm2 kisah kte akan baca..:)

    ReplyDelete
  18. hehe..mabuk blogging
    mcm bez je bunyinya kak mia
    selamat berbw

    ReplyDelete
  19. saya baru jumpa blog kak mia.. blogwalking disini. entry2 kak mia menarik! saya newbie. jemputlah datang ke teratak saya kalau ada masa.. :D

    http://madamoiselleayuslittletalks.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya? thanks ya. kak mia dah balas kunjungan tadi dan follow balik. :)

      Delete
  20. farah suka bw kat blog k.mia..banyak info yg bagus
    btw dh lama dah farah follow k.mia..kalau sudi singgah la blog farah..;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya farah.. kak mia terus singgah tadi.

      Delete
  21. x pe kak mia :) acik phm... kalau sudikan dtg ke blog acik ..comment la sikit untuk penambahbaikan ..itu pon kalau ada mase

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok.. kak mia terus ke sana tadi dan komen blog acik di shoutbox. harap jangan kecik hati ya. komen yang membina tu.

      Delete
    2. hureyy kak mia comment blog acik, ishh tak de tersinggung pon :) maka bangga sifu dtg ke blog acik... hehhe sebenarnya header tu pon orang buatkan :) apa pon thanks sudi comment blog acik yg tak seberapa tu

      Delete
    3. sama2.. oo mungkin boleh edit skit header tu...

      Delete
  22. Akak pun kurang berkesempatan nak berkunjung ke blog rakan-rakan sebab sibuk sangat sekarang. Masa cuti ni sibuk dengan urusan keluarga pulak.. Mia pun dh lama tak berkunjung ke blog akaktapi tak mengapa, akak tahu Mia sibuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks ya kak. mia masih bw list blogger2 yang ada. lepas dah settle, baru bw list bloglist dan pengkomen tegar... hehehe sabar ya kak.. nanti mia sampai sana...

      Delete
    2. Hehe.. Akak tau Mia ni rajin orangnya, selalu bw.. Terima kasih Mia masih sudi berkunjung.

      Delete
  23. bestkan bila kita blogwalking ni.. sampai lenguh jari-jari ni.. hehe..

    boleh baca macam2 kisah blogger ni.. sometimes, terasa lucu pulak ada.. hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. memang best dapat tahu apa yang diorang kisahkan dalam blog.. happy je bila baca..

      Delete
  24. Wah, sikit lg nak sampai 10000 follower tu kak mia.. keep it up ye kak .. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah zaki... tengah berusaha ni... tq ya..

      Delete
  25. jadi inspirasi ni....
    susah skit nk konsisten nk berblog nie...

    Salam Perkenalan dari GREEN ARTWORK

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tu... mula2 memang payah. bila dah terbiasa akan jadi mudah...

      Delete
  26. takpe kak mia. fyna pun kalau time keje banyak pun, tak terkejar nak update dan blogwalking ^_^

    ReplyDelete
  27. ya betul tu, kak mia..blogwalking ni mmg best..mcm2x bleh share crita dr rakan2 blogger kan..hehe

    ReplyDelete
  28. Replies
    1. minta tolong apa tu liana.. inbox kak mia di fb ya...

      Delete
  29. Replies
    1. yupp betul tu jie.. sebab kita ada komitmen lain..

      Delete
  30. baru teringat nak singgah blog Mia, tp yg sampai dulu..haha, kot mana pon sama ...ukhuwah mesti dijaga..insyaAllah. saling memahami as blogger yg bekerjaya.

    ReplyDelete
  31. hehee.. xpe.. ada masa leh bw lagi ^^

    ReplyDelete
  32. hehehe.. paham2.. paly pun dah lame gak tak blogwalking.. huhu

    ReplyDelete
  33. semangat tinggi nak berblog walking tapi bila dah komputer hang terus malas da na teruskan nak kena upgrade lagi laptop ni... lagi lagi jumpa blog yg sangat berat hehe memang hang habis laptop siput sedut sy ni... :)

    selamat berblogwalking ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar ya.. simpan semangat tu. nak guna masa laptop dah ok nanti.. ;)

      Delete
  34. Replies
    1. alhamdulillah... terima kasih ya nadzim..

      Delete
  35. haha bahaya tu kalau mabuk blogwalking... :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... mengalahkan orang mabuk bercinta..

      Delete
  36. Selamat berblogwalking kak Mia....
    AJ pun sama, blogwalking mana dan je...

    ReplyDelete
  37. Selalu bw tapi kadang2 tu xtau nak tingggalkan komen apa...silent reader jer. Yang penting kita ikhlas bukan terpaksa.

    ReplyDelete
  38. betul ye, kalau jatuh rank susah nak naik balik... salam singgah sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan hisyam, tq ya sudi singgah sini..

      Delete
  39. assalamualaikum mia...mama pun mcm tu juga tiada masa nak BW...betul kata mia tu dapat singgah ke blog yg sempat aja...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam... oo takpe mama.. kadang2 memang macam tu..

      Delete
  40. Terpaksalah fahammmmm...huhu
    Nak buat camne mmg pun Mia dah tak selalu bw kat blog kita... redho ajelah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala... janganlah kecik hati. dalam seminggu mia ada datang.. kan..

      Delete