Epy Dan Ardiv : Hanya Satu

Friday, June 14, 2013

Epy Dan Ardiv : Hanya Satu


Memperkenalkan lagu Hanya Satu dendangan Epy dan Ardiv, artis baru dalam industri muzik tanahair Malaysia. Belum dengar belum tahu... dah dengar nak selalu...



Lirik Lagu Hanya Satu
Aku, sungguh menyintai mu
Ku tak tahu sejak bila
diri ini
jatuh hati
namun ku tahu
ingin bersama mu
tapi malu hendak menyapa
risau nanti
ditolak lagi
kau bagai sinar mentari, hanya dapat ku kagumi, tak mungkin ku dekati 
kau bagai sinar pelangi, tiap saatku dengan mu, kau buat aku terpegun
Hanya satu, permintaan aku, buka pintu hatimu, akan ku cuba untuk
menggoda mu, dengan satu lagu, iramanya syahdu, ku nyanyikan untukmu
sayang
Aku, ingin menyoal mu
soal hati seribu hari
jika kau masih
berpunya lagi
tolong beritahu
ku susun sepuluh jari
untuk luah-kan isi hati
izinkan aku
tabahkan diri
kau bagai sinar mentari, hanya dapat ku kagumi, tak mungkin ku dekati 
kau bagai sinar pelangi, tiap saatku dengan mu, kau buat aku terpegun
Hanya satu, permintaan aku, buka pintu hatimu, akan ku cuba untuk
menggoda mu, dengan satu lagu, iramanya syahdu, ku nyanyikan untukmu
sayang

Dengar atau Download Lagu Hanya Satu (format mp3)
Klik SINI

Info Lagu Hanya Satu
Diterbitkan pada 17/05/2013
Lyrics by: Ardiv Jauhari
Arranged by: Ardiv Jauhari
Composed by: Ardiv Jauhari and Nabel Imran
Sang by: Rafsan Elfee (Epy)
Song Title: Hanya Satu
Copyright Sadi House Sdn. Bhd.



Epy dan Ardiv adalah hasil daripada gabungan dua orang sepupu iaitu Epy sebagai penyanyi dan Ardiv sebagai pencipta lagu dan penyanyi latar. Kumpulan ini ditubuhkan kerana Ardiv ingin membina satu platform untuk mempamerkan komposisi beliau sendiri mengikut jejak langkah ayahnya, Johari Teh yang dahulunya aktif di dalam industri muzik Malaysia dan pernah mencipta lagu untuk nama-nama besar industri muzik seperti Ziana Zain, Awie, Siti Nurhaliza, Ning Baizura dan ramai lagi.

Setelah menghabiskan masa bertahun-tahun untuk mencari penyanyi untuk komposisinya, tanpa disedari Epy (sepupunya sendiri) mempunyai bakat menyanyi yang dicarinya itu. Sejak penubuhan band "Epy & Ardiv" pada Jun 2012, mereka telah memenangi beberapa pertandingan muzik dan antara yang terbesar ialah:  "Youtube To Youlive" anjuran Laundry Bar dan "Passport To Fame" anjuran Mega Ultimate.

Genre muzik yang dipilih adalah daripada gabungan muzik Pop, Acoustic dan Reggae manakala lirik pula berunsurkan cinta terhadap teman, kekasih, keluarga dan sesama manusia. Berhasrat dan berazam tinggi untuk mengikut jejak langkah penyanyi-penyanyi generasi baru seperti Yuna, Aizat Amdan, Bedroom Sanctuary dan Amir Jahari dengan menyelitkan elemen moden dalam karya yang dihasilkan.



Jom kita tonton Epy & Ardiv - Hanya Satu (Self Recorded Live Acoustic)




Marilah kita menyokong dan hargai bakat Epy & Ardiv dengan mengikuti perkembangan terkini mereka melalui laman sosial dengan hanya klik LIKE Fanpage dan SUBSCRIBE YouTube.


"Sokonglah industri muzik tanahair kita, Malaysia"
entri sticky post ini dimasukkan pada 7.01 pagi 10 Jun 2013.

66 comments:

  1. salam pagi kak mia...wah..ada artis baru lagi..satgi boleh dengar lagu nie...huhu..maklum la youtube kena block..

    ReplyDelete
  2. boleh la try dengar lagu diorang tue ^_^

    ReplyDelete
  3. wah first time tau...thanks for sharing kakak Mia...

    *Dah bekpes?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 ya farah. masa farah komen ni kak mia belum breakfast lagi. tengah bz siapkan kerja urgent.

      Delete
  4. kenape ade name paly kat situ? sbijik same ngan name kat fb.. hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. adehh.. baru pasan... ingat kan printskrin, uper2 script subscribe.. hoho.. srry2 :)

      Delete
  5. pertama kali dengar nama kumpulan ni.. lagu not bad kan :)

    ReplyDelete
  6. salam singgah..
    js lum layan lagik lagu ni tp dh jatuh cinta ngan lagu judika...hehe

    ReplyDelete
  7. first time aiza dengar nama kumpulan ni.. best juga lagu ni kak mia..

    ReplyDelete
  8. baru kenal...dah dengar lagu dorang kat video tu..hm...menarik juga...rentak diaorang bawa ni...nak carila mp3 nya nak download hihihi...tq kak mia~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ler krole... ada kat atas tu yang ni

      Dengar atau Download Lagu Hanya Satu (format mp3)

      klik SINI -> akan ke https://www.box.com/s/kam1ba28h5e6irkf6rvd

      Delete
    2. ye kak dah dowload pun...kejap g nak bg dgaq kat mrs. krole hihii~ tq kak mia

      Delete
  9. Terima kasih semua kerana mendengar, jangan segan untuk share lagu/video ini dengan buah hati anda :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 ya ardiv.. karya dan bakat yang bagus. harus diketengahkan.

      Delete
  10. assalamualaikum mia....memang best...:)

    ReplyDelete
  11. ooh anak johari teh rupanya...hehe good luck buat mereka...

    ReplyDelete
  12. Ayah diorg ni, Johari Teh mmg terkenal dan ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

    ReplyDelete
  13. Anak Johari Teh rupanya. Kuah tentulah tumpahnya ke nasi kan..

    ReplyDelete
  14. boleh tahan lagunye..first time dengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengar berulang ulang kali pun best kan acik..

      Delete
  15. singgah malam . dah follow kak mia balik :)
    whoaa lagu baru laa . first time dengar dah rasa syokk !! :D
    thanks for sharing kak mia ^_^

    ReplyDelete
  16. ni ha ade jumpa video siap dgn lirik lg.terbaik la depa ni http://www.youtube.com/watch?v=_-gNp8R8v9M

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh.. cantik video tu dengan liriknya... peminat tegar ni...

      Delete
  17. You are invited to my "International Giveaway sponsored by Naked Minerals."

    Visit: http://beauty-fulll.blogspot.com/2013/06/international-giveaway-by-naked-minerals.html

    ReplyDelete
  18. first time dengar. Serius memang best & sedap la kak mia. Rasa cam tak puas pulak dengar.

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

Top Supporters May 2017