Review #5 - Melayu Boleh - Mia Liana

Friday, June 28, 2013

# Segmen Follow Dan Blogwalking

Review #5 - Melayu Boleh

Tahniah diucapkan kepada Eddie kerana terpilih memenangi Segmen Follow & Blogwalking #3. Marilah sama-sama kita terjah entri terbaik Eddie...

Melayu Boleh
Anak Melayu Boleh Berlakon Di Hollywood


"Tahukah anda bahawa adanya seorang pelakon Melayu pernah berlakon di Hollywood? Beliau telah buktikan anak Melayu boleh menambat hati orang putih untuk berlakon dalam filem Hollywood dengan bakat yang ada, tak perlu bermodalkan paras rupa yang lawa atau kacak. Beliau adalah Ibrahim Pendek atau lebih dikenali dengan nama Pak Berahim.

Pasti kita sudah cukup biasa dengan lawak jenakanya semenjak dari filem pertamanya iaitu Panggilan Pulau (1954) sehinggalah ke filem terakhir beliau, XX-Ray (1992). Beliau merupakan salah seorang lagenda perfileman Melayu boleh dibanggakan. Antara babak yang aku paling ingat lakonan Ibrahim Pendek ialah babak dia melakonkan watak sarjan di dalam filem Ali Baba Bujang Lapok.

Siapa bilang tiada anak Melayu boleh pergi berlakon hingga ke Hollywood, jika mereka bersandarkan kepada bakat dan usaha yang gigih. Tidak mustahil ada anak Melayu boleh melakukannya seperti Ibrahim Pendek capai pada era tahun 60-an dahulu. Cuma usaha harus dilakukan agar bakat pelakon Melayu boleh digilap dan diketengahkan lagi hingga ke peringkat antarabangsa."

Selanjutnya ikuti kisah kejayaan dan sejarah hidup Arwah Ibrahim Pendek di SINI.

Pertama kalinya apabila terbaca entri Eddie ini, Mia agak kagum dan baru sahaja tahu yang Arwah Ibrahim Pendek sebenarnya pernah berlakon di Hollywood dan betul-betul rasa bangganya Mia. Sumbangan yang terlalu besar dalam industri perfileman tanahair kita. Siapa sangka bukan? Di sebalik bakat semulajadi yang dimiliki dan lakonan dalam Ali Baba Bujang Lapok mampu memikat hati pihak Universal International. Terima kasih ya Eddie... 

jemput berkenalan dengan Eddie....

27 comments:

  1. tahniah buat pemenang..!

    #oh baru tahu arwah pernah ebrlakon di hollywood!

    ReplyDelete
  2. paly pun.. fes time ni dgr.. hoho

    ReplyDelete
  3. suka tengok arwah berlakon, kelakar,,haha,,
    tapi baru tau arwah pernah bawak nama Malaysia ke Hollywood...
    Means, he's the first Malaysian la?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul rasanya... kena tanya eddie untuk lebih jelas..

      Delete
  4. Kalau tak baca entri Edie ni Mieza sendiri pun tak tau pasal ni kak mia.. Huhuhu.. Thanks to Eddie kerana berkongsi cerita ni dengan kami.. =)

    ReplyDelete
  5. Tenkiu dekat Mia Liana sebab sudi review artikel nie...Hmm tak sangka pulak ramai sebenarnya yang tak tahu pasal kisah lagenda Ibrahim Pendek nie pernah berlakon di Hollywood...mungkin kurang publisiti kot...lagipun dia xsempat berlakon banyak filem dekat sana dan cuma pegang watak pembantu sahaja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 ya eddie... info yang amat berguna ni patut dikongsi bersama dengan yang lain..

      Delete
  6. wah hebatnye dia...hai salam kenal...
    addlah saya..^_^

    http://lollista.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Eraz pernah dgr, tapi tak baca complete...

    ReplyDelete
  8. tahniah pada dia...baru terbaca tadi tentang entry nie di blog beliau...

    ReplyDelete