June 2013

Sunday, June 30, 2013

Pengumuman Pemenang Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com



Alhamdulillah, semalam Mia telah selesai membelek-belek semua 67 blog peserta Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com yang telah pun berlangsung selama 12 jam pada 23 Jun 2013. 

Senarai peserta segmen ada di SINI. Sukar betul Mia ingin buat keputusan. Mia telah memilih 18 blog yang bakal menyerikan bloglist Mia bagi bulan Julai dan Ogos 2013. Rajin-rajinlah update blog selepas ini ya...

Dengan ini, Mia ingin mengumumkan pemenang-pemenangnya ialah :-
  1. http://www.erazfadli.com/2013/06/segmem-3-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  2. http://www.bicaramakdara.com/2013/06/segmen-3-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  3. http://rossacalla.blogspot.com/2013/06/segmen-3-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  4. http://www.kisahemasputih.com/2013/06/segmen-3-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  5. http://blogmizzaiza.blogspot.com/2013/06/assalamualaikum-segmen-3-bloglist-12.html
  6. http://www.akupenghibur.com/2013/06/segmen-3-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  7. http://dayangdeno.blogspot.com/2013/06/segmen-3-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  8. http://coretanhatikathy.blogspot.com/2013/06/segmen-3-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  9. http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/2013/06/segmen-3-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  10. http://ibuberbicara.blogspot.com/2013/06/segmen-3-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  11. http://suzlinazreena.blogspot.com/2013/06/segmen-3-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  12. http://rusukiri.blogspot.com/2013/06/segmen-3-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  13. http://darlieyana.blogspot.com/2013/06/segmen-3-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  14. http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2013/06/segmen-3-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  15. http://myblogsantai.blogspot.com/2013/06/segmen-3-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  16. http://mamamamy.blogspot.com/2013/06/segmen-3-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  17. http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2013/06/segmen-3-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  18. http://www.ayuinsyirah.my/2013/06/segmen-3-bloglist-12-jam-mialianacom.html
Diharap semua pemenang dapat memasukkan blog Mia ke dalam bloglist masing-masing. Sekiranya dalam tempoh 3 hari, blog Mia tidak ada di dalam bloglist bermakna blog anda akan digugurkan dari bloglist Mia dan akan digantikan dengan blog lain. Harap ambil maklum tentang perkara ini. Terima kasih ya...

 tahniah ya....
Read more / Baca Lagi >>>

Berenang Di Kompleks Mutiara Johor Land


Berenang adalah salah satu aktiviti riadah yang menyihatkan. Semalam, Mia dan Suami Mia pergi berenang di Kompleks Mutiara Johor Land, Bandar Dato' Onn, Johor Bahru. Ramainya yang berenang pada sesi 2 yang tamat pada 7.00 malam. Kami lebih selesa berenang pada sesi 3 iaitu waktu malam.

Bayaran yang dikenakan ialah :
Dewasa : RM 6.00
Kanak-Kanak : RM 4.00
Locker : RM 1.00

** update pada 5/4/2016
Jumaat - Ahad : RM 10.00 dewasa
Isnin - Khamis : RM 8.00 dewasa



Operasi kolam renang :
Sesi 1 - 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari
Sesi 2 - 2.00 petang sehingga 7.00 malam
Sesi 3 - 7.30 malam sehingga 9.30 malam

Kolam renang ditutup pada waktu Sesi 3 setiap hari Selasa.


kolam renang dewasa 

 kolam renang kanak-kanak

pemandangan dari cafe 

berenang waktu malam 

pemandangan dari depan 

sempat ambil gambar gelang tiket sebelum balik

balik rumah terus cuci dan sidai dalam bilik air

Memang seronok kalau dapat berenang (swimming) ni. Boleh kuruskan badan...

saja dating berdua....

Entri berkaitan :
- Berenang Di Kompleks Mutiara Johor Land (2)
Read more / Baca Lagi >>>

Hari Terbuka Tadika Ilham Sarjana


Pada hari Sabtu 22 Jun 2013 yang lepas, Mia, Suami Mia dan Mak Mia menghadiri Hari Terbuka Tadika Ilham Sarjana. Paling teruja sebab Sofea masuk pertandingan bercerita. Kisah yang diceritakan ialah Si Arnab dengan Kura-Kura. Pada hari yang sama juga, ibu bapa yang hadir turut mengambil Penyata Rekod Pencapaian Setengah Tahun sambil berbincang dengan guru tadika.

Jom kita tengok.. (sila klik pada gambar untuk besarkan)

dengan rakan-rakan yang juga masuk pertandingan bercerita
(campur dengan rakan yang 4, 5 dan 6 tahun)

 tengah hilangkan nervous Sofea

sedang bercerita di depan. kami di belakang bagi sokongan
go Sofea.. go...

betul-betul tak sangka, Sofea boleh dapat Johan Pertandingan Bercerita 

dengan Cikgu Fatin
(bakal meninggalkan tadika ini kerana melanjutkan pelajaran)

sedang berbincang tentang prestasi pembelajaran Sofea 

alhamdulillah... semua subjek dapat A 

hadiah yang dibawa pulang

Tersenyum simpul Mia dan Suami Mia. Syukurlah, pelajaran Sofea di tadika ini bagus dengan guru tadika yang begitu prihatin terhadap perkembangan Sofea. Apa-apa aktiviti akan di update melalui facebook.

banyak mewarisi bakat Mia...
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, June 29, 2013

Give Away V12gether TOPUP RM30 2013



Wahhh... Eddie ada buat GA. Mia pun nak join sebagai tanda support Mia pada Eddie. Eddie dah lama berblog cuma Mia baru je kenal Eddie dalam satu dua bulan kebelakangan ini.

Slogan : Informasi Di Hujung Jari

Sebenarnya tak tahu nak buat slogan apa.. Mia main hentam je. Seterusnya Mia nak tag Paly dan Eraz.

Jom kita tengok apa syarat-syarat GA ini. (copy paste dari entri penganjur)

Syarat-syarat penyertaan:

1). Mesti Like Fan Page ini. [LINK] - done
2). Link back ke url ini. [LINK- done (kat sini linknya)
3). Korang mesti tampal BANNER dekat atas tu dekat entry korang.- done
4). Dan tag kepada 2 rakan blogger lain. Dan Pastikan dia orang tahu. - done
5). Mesti buat satu slogan yang terbaik untuk menang hadiah utama. - done


Pemenang UTAMA akan diputuskan berdasarkan Slogan terbaik. Manakala untuk pemenang saguhati sebanyak 5 orang akan di pilih secara random di [LINK]

** Setiap syarat diatas adalah wajib jika kurang satu akan ditolak penyertaan.
***Keputusan adalah muktamad, jikalau xpuas ati jugak pergi report dekat pejabat tok kadi berdekatan...hahahaha - amboi.... ada kaitan ke? hmmmm...


Hadiahnya:
Pemenang UTAMA : Topup RM30
Saguhati x 5 blog : Enrty Blog anda akan di review dan bloglistkan blog korang di blog ini sepanjang hayat..hu3

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6 Julai 2013 11.59 PM. - cepat-cepat join...

sesiapa yang nak join, sila klik banner di atas ya...
Read more / Baca Lagi >>>

Review #7 - Ingat Senang Jadi Blogger?


Tahniah diucapkan kepada Emas Putih kerana terpilih memenangi Segmen Follow & Blogwalking #3. Marilah sama-sama kita terjah entri terbaik Uzu...
Ingat Senang Jadi Blogger?

"Korang fikir blogger tu senang sebab hanya update entry-->publish-->update entry-->publish. Korang fikir blogger tu just merepek mereban je kan? Korang fikir blogger tu takde kehidupan?Korang fikir blogger tu takde masa depan? Korang fikir blogger tu hanya buang duit je nak bayar duit wifi? Korang fikir blogger tu .... hanya buang masa?

"nak jadi blogger? alah senang je. Sign up je blog, jadi lah blogger"

Dalam dunia blog ni, ada 2 tujuan :

1. Suka-suka je nak ada blog
2. Blog sebagai sumber pendapatan dan tempat perkongsian

Kalau nak jadi blogger yang senang, jadi lah blogger yang suka-suka je nak ada blog. Yang tulis blog luahkan pasal cinta, putus cinta, kecewa dan sewaktu dengannya.

Tapi kalau nak tau blog ni bila kita serius dan jadi blog part time/full time, boleh buat duit selain daripada berkongsi pendapat, info , isu semasa , tips dan tutorial."

Selanjutnya, jom terjah SINI.

Betul apa yang dinyatakan oleh Uzu. Bukan senang nak jadi blogger. Perlu banyak pengorbanan kalau betul-betul ingin jadikan blog itu mantap. Semuanya kena buat sendiri. Tiba-tiba teringat kisah Mia masa mula-mula blog dulu dari hanya untuk suka-suka. Ada orang datang ke... Tidak ada orang datang ke... tidak kisah pun. Lama-kelamaan bila dah serius, akan terbit perasaan di hati ingin memantapkan blog sehingga ke tahap sekarang ini. Alhamdulillah, followers pun dah melebihi 10k.. Macam tidak percaya pun, ada juga..

Mia tengok pun blog Uzu sekarang sudah semakin mantap dengan beberapa kali update setiap hari. Syabas ya Uzu...

jemput berkenalan dengan Uzu...
Read more / Baca Lagi >>>

Kisah Lawak 3 Ekor Pontianak



Bila dibaca, kelakar juga lawak pontianak ini. Apa tidaknya, boleh juga dikaitkan dengan jerebu. Mia dapat kisah lawak ini daripada emel dan teruskan kongsikan di blog untuk tatapan pengunjung blog ini. Jangan bimbang. Ini bukannya kisah seram. Jemput baca ya...

Pada suatu malam, 3 ekor pontianak sedang bertenggek di atas pokok sambil bergaduh tentang kehebatan masing-masing. Ketiga-tiga mengaku diri mereka hebat. Untuk menentukan siapa paling hebat mereka pun bersetuju membuktikan kehebatan masing-masing .

Pontianak A terbang dengan sepantas kilat. 15 saat kemudian, dia balik semula ke pokok tersebut. Kelihatan ada kesan-kesan darah di sekitar gigi.

Pontianak A : Kau orang nampak rumah tu?

Pontianak B : Nampak.
Pontianak C : Nampak.
Pontianak A : Satu rumah tu habis aku kerjakan. 

Pontianak B pula terbang lebih pantas dari Pontianak A. 10 saat kemudian, dia balik semula ke pokok tersebut. Kelihatan ada darah bukan setakat pada gigi, malah pada keseluruhan mulut pontianak tersebut.

Pontianak B : Kau orang nampak kampung tu?

Pontianak A : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak B : Habis satu kampung tu aku kerjakan. 

Sejurus lepas itu Pontianak C pula terbang lebih pantas dari Pontianak A dan B. Dalam masa 5 saat je dia kembali ke pokok tersebut. Kelihatan darah mengalir-ngalir bukan sahaja pada mulut, malah pada keseluruhan muka pontianak tersebut.

Pontianak C : Kau orang nampak tembok kat hujung sana tu?

Pontianak A : Nampak!
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Err... tadi aku tak nampak...

Jerebu punya pasal (^_^)

sumber : emel

boleh ke gitu? hehehhe.....
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, June 28, 2013

Review #6 - Akibat Blogger Tidak Pantau Komen Lucah


Tahniah diucapkan kepada Zamani kerana terpilih memenangi Segmen Follow & Blogwalking #3. Marilah sama-sama kita terjah entri terbaik Zam...

Akibat Blogger Tidak Pantau Komen Lucah

"Mungkin anda pernah ke beberapa buah blog dan menjumpai komen-komen yang dilontarkan oleh pembaca lain yang tidak menyenangkan anda. Mungkin kerana ia berbunyi lucah atau terlalu kasar. Pendapat Zam, rasanya blogger perlu pantau komen-komen seperti ini dari terus berleluasa tersiar di entri mereka. Padam terus komen komen seperti itu, atau sorokkan dulu komen komen pembaca sebelum dipilih dan disahkan untuk dipamerkan di blog.

Tak faham juga Zam sebenarnya dengan sikap sesetengah blogger yang membiarkan komen komen dan perdebatan yang bukan bukan di ruangan komen entri mereka. Adakah kerana ingin menarik trafik apabila menjadikan blog mereka tempat melahar dan membincangkan gosip dan isu panas secara tak berilmiah?

Bukan apa, bila tak dipantau dengan baik, seolah olah menggalakkan lagi kegiatan tak berfaedah tu di masa akan datang."

Siapa blogger yang Zam kaitkan dalam entri tersebut. Untuk ketahui selanjutnya, klik SINI.

Ruangan komen kadangkala boleh disalahgunakan oleh pengunjung dengan meninggalkan komen yang tidak sepatutnya yang boleh mengundang kemarahan tuan blog sendiri dan pengunjung lain. Sebagai blogger, kita harus pantau supaya ianya tidak berleluasa dan mengakibatkan kejadian lain yang tidak diingini. Mia pun tidak terkecuali daripada perkara. Setiap kali online, Mia akan semak komen-komen yang ada, dan sekiranya terdapat komen yang tidak menyenangkan, cepat-cepat Mia buang terus. Zaman sekarang sudah terlalu canggih dan teknologi maklumat telah berkembang dengan pesatnya, tidak mustahil cyber crime akan terjadi. Oleh itu, berwasapada dan sentiasalah berhati-hati dalam dunia di hujung jari ini.

jemput berkenalan dengan Zam...
Read more / Baca Lagi >>>

Review #5 - Melayu Boleh


Tahniah diucapkan kepada Eddie kerana terpilih memenangi Segmen Follow & Blogwalking #3. Marilah sama-sama kita terjah entri terbaik Eddie...

Melayu Boleh
Anak Melayu Boleh Berlakon Di Hollywood


"Tahukah anda bahawa adanya seorang pelakon Melayu pernah berlakon di Hollywood? Beliau telah buktikan anak Melayu boleh menambat hati orang putih untuk berlakon dalam filem Hollywood dengan bakat yang ada, tak perlu bermodalkan paras rupa yang lawa atau kacak. Beliau adalah Ibrahim Pendek atau lebih dikenali dengan nama Pak Berahim.

Pasti kita sudah cukup biasa dengan lawak jenakanya semenjak dari filem pertamanya iaitu Panggilan Pulau (1954) sehinggalah ke filem terakhir beliau, XX-Ray (1992). Beliau merupakan salah seorang lagenda perfileman Melayu boleh dibanggakan. Antara babak yang aku paling ingat lakonan Ibrahim Pendek ialah babak dia melakonkan watak sarjan di dalam filem Ali Baba Bujang Lapok.

Siapa bilang tiada anak Melayu boleh pergi berlakon hingga ke Hollywood, jika mereka bersandarkan kepada bakat dan usaha yang gigih. Tidak mustahil ada anak Melayu boleh melakukannya seperti Ibrahim Pendek capai pada era tahun 60-an dahulu. Cuma usaha harus dilakukan agar bakat pelakon Melayu boleh digilap dan diketengahkan lagi hingga ke peringkat antarabangsa."

Selanjutnya ikuti kisah kejayaan dan sejarah hidup Arwah Ibrahim Pendek di SINI.

Pertama kalinya apabila terbaca entri Eddie ini, Mia agak kagum dan baru sahaja tahu yang Arwah Ibrahim Pendek sebenarnya pernah berlakon di Hollywood dan betul-betul rasa bangganya Mia. Sumbangan yang terlalu besar dalam industri perfileman tanahair kita. Siapa sangka bukan? Di sebalik bakat semulajadi yang dimiliki dan lakonan dalam Ali Baba Bujang Lapok mampu memikat hati pihak Universal International. Terima kasih ya Eddie... 

jemput berkenalan dengan Eddie....
Read more / Baca Lagi >>>

Adobe Photoshop Training


Semalam dan hari ini, Mia ada kursus Adobe Photoshop Training di Kuala Lumpur. Kursus ini merupakan salah satu latihan dalam Transfer of Knowledge Program.

Seronoknya belajar. Memang minat bab-bab graphic designing and editing ni. Makeup dan touchup...

Aplikasi yang digunakan ialah Adobe Photoshop CS5 Extended Portable Version.

Bergambar semalam dengan geng rapat satu kementerian....










Bergambar dengan Cikgu Norihan pagi ini...




Alhamdulillah.... bertambah lagi ilmu di dada...

mood belajar...

posted from Bloggeroid
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, June 27, 2013

Pemandangan Malam Kuala Lumpur 2




Merenung jauh entah ke mana
Setiap minggu datang bertapa
Hati resah gundah gulana
Kuala Lumpur tersenyum menyapa

Aktiviti blog banyak tertunda
Kesibukan melanda tidak terkira
Kursus muncul tiada beda
Harus akur tanpa suara



Indahnya malam pengubat duka
Ibarat selami jiwa yang lara
Ilmu dituntut tidak kira suka
Ibarat air melepasi muara

Dalam pantun ada rahsia
Dalam bicara ada mesejnya
Tiada seindah andalusia
Nukilan Mia seadanya


tiba-tiba ada mood nak berpantun pula... layannnns....

posted from Bloggeroid
Read more / Baca Lagi >>>

Segmen Bloglist Julai Blog Paly



Wahhh... Mia nak joinlah segmen Paly ni sebagai tanda support. Simple je segmen dia ni. Jom join. Jangan malu dan jangan segan.

Tak tahu nak karang apa dah.. entri penyertaan ni pun simple juga. Hehehe...

Sibuk-sibuk berkursus sempat juga nak join...
Read more / Baca Lagi >>>

Bengkel Agriculture Flagship (AgF) 3-2013


Minggu ini memang agak sibuk buat Mia. Mia menghadiri Bengkel Agriculture Flagship (AgF) 3-2013 pada 24 - 27 Jun 2013 dianjurkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA) di Nilai Springs Resort Hotel. Ramai orang-orang kuat ICT yang hadir dari gred 29 sehingga ke gred 54. Terasa kerdilnya diri ini.

Hari terakhir Mia tidak dapat join sebab ada kursus lain di Kuala Lumpur.

Bengkel ini banyak memberi pendedahan kepada peranan-peranan agensi di bawah MOA dan sedang dalam peringkat fasa 1 iaitu fokus pada industri padi dan beras negara dari segi penanaman, teknologi, pengairan, benih dan lain-lain. Aktiviti yang dibuat semasa siri 3 ini ialah menyiapkan Business Requirement System dan User Requirement System. Kiranya perah otaklah ni.

Gambar sebagai kenangan...














Pagi, petang, siang dan malam. Letih jugalah. Tapi seronok....

siri 1 dan 2 sebelum ini, tidak dapat join. Ada komitmen kerja yang lain...

posted from Bloggeroid

Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, June 26, 2013

Wordless Wednesday 37




Aktiviti berenang @ swimming pool Nilai Springs Resort Hotel

posted from Bloggeroid

Read more / Baca Lagi >>>

Review #4 - Sejarah Menjadi Blogger


Tahniah diucapkan kepada Mimie Najib kerana terpilih memenangi Segmen Follow & Blogwalking #3. Marilah sama-sama kita terjah entri terbaik Mimie...


Sejarah Menjadi Blogger

"harini nak cerita kisah masa mula-mula saya nak menceburkan diri dalam dunia blogging. saya start berblog rasanya tahun 2009 kut. lama juga la kan. tapi tu kat blog lama. dah terhapus pun blog tu. serabut rasa. dan entry dalam pun lebih pada luahan hati semata-mata. geram pun ada.mara pun ada.. tapi saya private blog tu.

mesti stress je kan dengar.. jangan minta link tau..hahaha.. sy pun dah x ingat dah. memang nak hapuskan dari ingatan ni pun. sebenarnya saya ni dari zaman sekolah lagi teringin nak ada diari online. tapi masa tu macam tak fikir sangat nanti orang baca kisah ko macam mana.. haa, tak terfikir pun..mungkin time tu fikir macam mana nak pemes macam retis??.. ahaaaks!.. :p   *mimpi je lah*

pastu dah habis form6 la bermula segalanya.. cewaaah, ayat.. haha.. cikgu saya ada buat blog. time tu saya bayang kan macam ni.. 'hebatlah cikgu ni..ada web sendiri..bestnya..'!

bayangkan la tu yang saya boleh terfikir. padahal tu blog..tapi saya tak reti lagi bab-bab blog ni.. masa tu cikgu saya letak gambar kelas kami.. best sangat. dengan lagunya.. menitik airmata ni bila masuk blog cikgu tu.. sebab rindu sangat-sangat dengan kenangan masa sekolah. masa tu dah terfikir nak juga buat macam tu..tapi tak reti. 

pastu setahun kemudian kut, kawan saya cik min maya ni bagi link blog dia. ingat lagi, time dia hantar msg tu, saya tengah drive. dah sampai umah baru baca msg dia. pastu malam tu buka blog dia.. serius, terus rasa hati ni nak macam tu juga. pastu blog saya yang pertama tu, cik min maya tu la yang tolong buatkan. maklum la, time tu excited, tapi bengap sikit nak buatnya..hehhee

dah siap create, start la saya berblogging.. malangnya saya tak pandai nak berkawan dengan blogger lain lagi masa tu.. pastu lastnya blog tu berkubur jadi diari saya tuk luah lepas geram..hik hik hik.. kejam bunyi nya kan.. terus saya private.. setahun lebih kemudian la baru saya create blog ni sendiri."

Nak tahu kisah selanjutnya, jom kita terjah SINI.

Mia akui kita sebagai blogger masing-masing ada sejarah tersendiri. Suka dan duka yang ditempuhi semasa berblog adalah pengalaman yang berharga dalam hidup seorang blogger. Bermula dari susah. Bermula dari kosong. Bermula dari tidak tahu. Tahniah kepada Mimie kerana menjadi blogger tegar sekarang ini, walaupun pernah ada satu blog yang terkubur. Sukar untuk diluahkan dengan kata-kata perasaannya bila kita ada blog sendiri. Kalau kita tiada blog, memanglah kita akan terasa bestnya ada blog. Bila dah ada blog, baru tahu perasaan itu bagaimana sebenarnya. Mia doakan semoga Mimie teruskan berblog dan meriahkan komuniti blogger kita. Syabas!

jemput berkenalan dengan Mimie...
Read more / Baca Lagi >>>

Top Supporters April 2017