image Sofea Demam Balik Sekolah Petang - Mia Liana

Sunday, October 1, 2017

# Family Matters

Sofea Demam Balik Sekolah Petang


Balik sekolah petang tadi, nampak muka Sofea tak ceria dari jauh. Risaunya Mia. Terus dapatkan Sofea dan pegang dahi. Demam. Hari ini ada pj.. katanya ada lari.

Tanpa membuang masa Mia terus ke Klinik Penawar Bandar Baru Uda. 


Doktor check.. tekak pun ada merah. Memang nak demam. Dapat mc untuk esok.

Lahai kesiannya Sofea. Request nak makan roti canai dulu baru balik rumah. Makan dekat area klinik. Nasib dia ada selera nak makan.


Sampai rumah terus check suhu Sofea. Panas juga 38.7 °C . Cepat-cepat mandikan dia dan kasi makan ubat.

Satu malam ni akan pantau panas Sofea. Moga Sofea cepat sembuh. Jarang nak demam. Sekali demam terus flat.

Malam ni tak dapat nak pergi private tuition mengaji dan solat dengan ustazah. Sofea seorang belajar in person untuk lebih fokus.

** mujur Mia dah sembuh dari demam... cuma dedar skit je ni...


2 comments: