29. Cucur Jagung Bersama Udang


Bahan-bahan :
  1. 150 gram isi jagung
  2. 1 labu bawang besar (cincang)
  3. 3 biji cili merah (cincang)
  4. 100 gram udang hidup
  5. 1 biji telur
  6. 2 cawan tepung gandum
  7. Sedikit daun kucai
  8. Air suam (bergantung pada kualiti tepung)
  9. Garam secukup rasa
  10. ½ sudu teh kunyit serbuk
  11. ½-1kg minyak masak (untuk menggoreng)
Cara :
  1. Kesemua bahan kecuali minyak masak dan cili sos digaul rata.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali.
  3. Goreng adunan tadi dengan menggunakan sudu satu persatu. Masak hingga warna keemasan dengan api yang sederhana kecil dan angkat.
  4. Hidangkan bersama cili sos atau sos tomato.
Sedia untuk dihidangkan.

Post a Comment

5 Comments