Air Roselle memang banyak khasiatnya. Tidak perlu Mia beritahu lagi. Memang sedap. Ini lah minuman rasmi keluarga sebelah suami. Tidak putus-putus minum air roselle memandangkan Bapa Mertua Mia ni petik bunga-bunga ini di tempat dia kerja. Lokasi kali ini di dapur rumah Mak Mertua Mia.



Bunga roselle hendaklah dibersihkan dahulu, dibuang biji dan tangkainya. Kemudian perlu direbus. Rebus sehingga mendidih. Selepas mendidih, kecilkan api dan biarkan selama setengah jam. Selepas itu, sejukkan dahulu. Jangan lupa tambah gula. Ikut citarasa masing-masing. Kebiasaanya, 1/2 kg roselle untuk 2 kg gula. 





Hmmm.. dah siap pun jus pati roselle kita ni. Selepas sejuk, ianya boleh dituang ke dalam botol atau bekas air untuk disimpan di dalam peti sejuk.

Bagaimana? Senang sahaja, bukan? Apabila hendak minum, jangan lupa tuang sedikit air pati roselle tu dan tambahkan dengan air masak.

Hampasnya pula jangan dibuang. Boleh dibuat jem atau dimakan begitu sahaja.

Air minuman yang dibuat sendiri ini memang sedap dan berkhasiat. Tanpa pewarna dan pengawet. Minum sekali pasti hendak lagi.  Malah, bagus pula untuk kesihatan.

p/s:  tak nak cuba ke?