Hmm... lepas makan malam... dan Sofea pun dah nyenyak tidur, barulah Mia nak mengadap notebook ni..  Nak cuba jugalah buka BlogLarian yang glamour dan famous tu. Tercari-cari juga blog Mia di mana... Tup-tup dah tersenarai di BlogLarian : Senarai Blog ke-72 . Uikkk sukanya...


Lepas ni, jangan lupa singgah blog Mia dalam senarai tu. Mia pun jenguk kawan-kawan blogger yang dalam senarai yang sama. Semoga kita dapat mengenali satu sama lain. Maklumlah dah duduk berjiran dalam senarai ni.

Uniknya BlogLarian ni ialah cara kita berblogwalking dengan klik Pamer Blog, maka semua blog dalam senarai tersebut (dalam senarai ni 6 blog) akan dipaparkan dalam bentuk frame. Maksudnya kita tak perlu buka satu persatu tab dalam Mozilla Firefox kita. (ambil contoh Mozilla Firefox)






Kita hanya perlu scroll ke bawah untuk tengok blog lain dalam senarai tersebut di dalam page yang sama. Paparan blog yang keluar adalah sama macam kita bukanya satu persatu. Secara amnya, BlogLarian ni berkonsepkan all-in-one page.

Bagaimana? Senang kan? Kita mudah nak berblogwalking dari satu senarai ke satu senarai yang lain. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Ramai juga blogger yang dah join dan sambutan amat menggalakkan. Mia baru nak guna BlogLarian ni, tengoklah nanti macamana hasilnya akhir bulan ni. Walaupun tak seperti blogger lain yang boleh blogwalking sepenuh masa, setiap hari Mia akan cuba peruntukkan masa untuk blogwalking walaupun terhad.

Tahniah diucapkan kepada admin Furdunesia@nline dan PadelBlog: AndaSuka... kerana telah memperkenalkan program yang unik ini bagi memudahkan blogger-blogger membuat manual blogwalking di samping mengeratkan lagi perhubungan kita dalam arena blogging ni. Syabas diucapkan.

p/s: cubalah tengok kejap BlogLarian ni manalah tahu kot-kot berkenan di hati....