Bersambung dari entri sebelumnya, Tayar Pancit Lagi Buat Kali Kedua

Kisah pagi Jumaat lepas, disambung pula dengan aktiviti menukar tayar yang pancit. Suami Mia bertungkus-lumus membuka skru tayar yang ketat dari hari gelap sehinggalah hari dah cerah. Macam-macam cara dibuatnya. Berpeluh-peluh dia buat kerja. Mia tolong juga sikit-sikit. 

Selepas dah dibuka, rupanya ada paku besi yang bengkok melekat kat tayar. Kemudian, Suami Mia pasang tayar spare yang agak kecil sedikit daripada tayar biasa. Mia tak boleh bawa laju, bawa perlahan-perlahan sahaja. Mia cuma hantar Sofea ke rumah Mak Semah dan tinggalkan kereta ini di rumah Mak Mertua supaya senang Suami Mia hantar ke kedai tayar untuk dibetulkan. Opik, anak saudara Suami Mia yang ada di rumah Mak Mertua, yang tolong hantar Mia ke pejabat.





Yang paling tak tahan tu, sampai patah alat besi yang buka skru tayar tu, terkejutnya kami. Agak pelik sedikit. Nampak gayanya, kena beli baru la...

p/s: Mia lambat sedikit sampai pejabat pagi itu..