DiGi WWWOW Awards 2012 - D'Qalesya Boutique : Sponsor Kempen Mialiana.com

Pertama kalinya Mia nak ucapkan ribuan terima kasih kepada D'Qalesya Boutique yang sudi menjadi sponsor kempen Mialiana.com ini. Walaupun agak jauh di Kedah namun perbincangan dan kata putus telah dibuat secara online sahaja melalui facebook.

Semua peserta kempen wanita akan mendapat tajaan tudung setiap seorang. Semalam Mia pun telah menerima bungkusan daripada D'Qalesya Boutique. Begitu teruja Mia, apabila membelek tudung-tudung yang pelbagai jenis ini. Sangat cantik dengan fabriknya yang lembut.

D'Qalesya Boutique juga turut sponsor tudung yang akan dipakai oleh Mia sekiranya Mia terpilih untuk menghadiri malam penganugerahan DiGi WWWOW Awards 2012 pada bulan Jun nanti... Wahhh... terima kasih banyak-banyak ya....

Jom kita tengok tudung-tudung yang bakal diterima peserta kempen wanita Mialiana.com... zassss...

baru keluarkan dari bungkusan








Nur Aen (peserta kempen facebook)





Peserta kempen yang menerima tudung ini dikehendaki bergambar dengan tudung ini (seeloknya ketika memakai tudung ini) dan buat entri di blog masing-masing sambil mempromosikan D'Qalesya Boutique. Terima kasih tidak terhingga kerana sudi menjadi peserta kempen Mialiana.com untuk DiGi WWWOW Awards 2012 ini.

p/s: kepada yang berminat untuk membeli tudung-tudung dari koleksi D'Qalesya Boutique, jemputlah singgah di fanpage D'Qalesya Boutique ya....