Permohonan Pra Diploma (PD002-Pra Perdagangan) Masih Dibuka Di Bawah Program Mengubah Destini Anak Bangsa - MDAB


Permohonan Pra Diploma (PD002-Pra Perdagangan) Masih Dibuka Di Bawah Program Mengubah Destini Anak Bangsa - MDAB


Mohon jika sekiranya tuan/puan mempunyai calon-calon yang sesuai menghantar borang permohonan dengan kadar segera. Pengumuman tawaran kemasukan fasa 1 adalah pada 12/5/2012. Namun begitu, permohonan kemasukan fasa 1 masih lagi dibuka.

Sesiapa yang berminat dikehendaki untuk hantar segera borang permohonan ke Pej HEA (Pn. Ruziana) dengan kadar segera. Borang permohonan boleh didapati daripada Fakulti.


MAKLUMAT PENGAMBILAN PELAJAR MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA

Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia , Bumiputera sahaja serta berumur 16-23  tahun pada tarikh keputusan SPM dikeluarkan.

A.  Syarat Am

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dengan mendapat 3 Kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

Dan
B.  Syarat Khas Program

Program Pra Diploma Perdagangan (PD002)
Lulus Matematik/Matematik Tambahan
Lulus Bahasa Inggeris


Semua program pengajian di UiTM dikhaskan untuk Bumiputera sahaja.

C.  Syarat Tambahan

Sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.

Wakil yang dilantik wajib menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan. Antara maklumat yang perlu disemak adalah seperti berikut :-

Maklumat Permohonan (Destini)
Salinan Kad Pengenalan/MyKad Calon
Salinan Sijil Kelahiran Calon
Salinan Kad Pengenalan/MyKad Ibu Bapa
Salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa
Salinan sijil SPM
Salinan Pengesahan Pendapatan (jika tiada dapatkan pengesahan dari Ketua
Kampung)


D.  Syarat-syarat Umum

Bumiputera sahaja
Pelajar dari golongan kurang berkemampuan/miskin
Tidak dapat meneruskan pengajian disebabkan kemiskinan
Pendapatan kasar keluarga kurang dari RM2000 sebulan
Pastikan yang pelajar adalah dari golongan tidak mampu sahaja kerana mereka diberi wang dari sumber zakat(asnaf)


E.  Bantuan untuk Calon Yang Berjaya

Asrama disediakan
Pengecualian yuran pengajian
Elaun makan RM10.00- RM6.00 sehari
Elaun bulanan RM100 sebulan (RM400.00 satu semester)
Tambang RM100 satu semester.


Hala Tuju Pra Diploma (PD002-Pra Perdagangan)


MINIMUM (CUT- OF) CGPA UNTUK LULUSAN PRA DIPLOMA PERDAGANGAN
(PD003 & PD002) NAIK TARAF KE  BERBAGAI PROGRAM DIPLOMA UiTM


KOD
NAMA DIPLOMA
CGPA
BM111
DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN

2.00
BM112
DIPLOMA PENGURUSAN BANK

2.50
BM114
DIPLOMA ANALISIS PELABURAN

2.50
BM115
DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (INSURANS)
2.00
BM117
DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (PENGANGKUTAN)
2.50
AC110
DIPLOMA PERAKAUNAN
3.50
AD110
DIPLOMA SENI LUKIS & SENI REKA **
2.00
AM110
DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM
2.50
CT111
DIPLOMA TEKNOLOGI KREATIF (SENI LAYAR) **
2.00
CT112
DIPLOMA TEKNOLOGI KREATIF (PENULISAN SENI ) **
2.00
CT113
DIPLOMA TEKNOLOGI KREATIF (SENI LAKON) **
2.00
CT114
DIPLOMA TEKNOLOGI KREATIF (PENGURUSAN SENI ) **
2.00
HM110
DIPLOMA PENGURUSAN HOTEL
2.75
HM111
DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN
2.75
HM112
DIPLOMA PENGURUSAN PERKHIDMATAN MAKANAN
2.75
HM115
DIPLOMA SENI KULINARI
2.75
IM110
DIPLOMA PENGURUSAN MAKLUMAT
2.50
MC110
DIPLOMA KOMUNIKASI & MEDIA **
2.00
OM114
DIPLOMA PENGURUSAN & TEKNOLOGI PEJABAT
2.50
SR113
DIPLOMA PENGAJIAN SUKAN **
2.75


Sumber : 
Nor Zarina Binti Mohd Salim
Koordinator UNIT MDAB
UITM PERAK
EXT: 3554
h/p :012-5934275

Post a Comment

17 Comments

  1. sangat sesuai untuk anak-anak melanjutkan pelajaran bagi keluarga bumiputera yang berpendapatan rendah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih bole buat permohonan ke?

      Delete
    2. ya.. masih boleh lagi ni. cuba call terus Puan Nor Zarina tu.

      Delete
  2. Replies
    1. cuba hubungi Puan Zarina untuk keterangan lanjut.

      Delete
  3. saya telah mendapat panggilan utk kemasukkn sesi pertama 2012,tetapi terpaksa d tolak atas sb2 peribadi,blh saya tahu bila agaknya permohonan utk sesi ke 2 akan d buka. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. tentang perkara ini Mia tidak berapa pasti. Mia cuma diminta untuk war-warkan maklumat ini. apa-apa hal sila hubungi puan zarina untuk penjelasan yang lanjut.

      Delete
  4. ada kah program pra diploma ni utk anak2 org susah je...mcm yang gaji 2000 lebih tak boleh minta ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak gayanya memang untuk orang susah sepert yang dimaklumkan dalam Syarat-Syarat Umum - Pendapatan kasar keluarga hendaklah kurang dari RM2000 sebulan.

      Delete
  5. boleh mohon lagi tak skarang ?..biasenye tarikh ambilan sesi 2 bile ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta maaf ya.. mia kurang pasti kena tanya dengan uitm yang berdekatan..

      Delete
  6. borang nak antar kat mane ? bole bg full address ta? lau pra sains sama je kan dgn pra prdagangan nak anta kt mana .

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta maaf ya.. mia cuma diminta untuk war-warkan maklumat ini. apa-apa pun sila hubungi puan zarina di nombor telefon seperti di atas.

      Delete
  7. borang dia kena download kan? lepas tu pos ke? alamat nak hantar tu kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta maaf ya.. mia cuma diminta untuk war-warkan maklumat ini. apa-apa pun sila hubungi puan zarina di nombor telefon seperti di atas.

      Delete
  8. bila panggilan MDAB pra diploma?tolong bagitw aq cepat?ye ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta maaf ya. mia tidak berapa pasti. mia cuma diminta untuk war-warkan maklumat ini. apa-apa pun sila hubungi puan zarina di nombor telefon seperti di atas.

      Delete