Semalam, Hari Terakhir Pelajar-Pelajar Praktikal Di Unit ICT

Sekejap betul masa berlalu sehingga tidak terasa pun dah 5 bulan mereka di sini. Macam-macam yang telah mereka pelajari di sini. Ada kala tu kena tegur, kena marah kerana kesilapan, itu dah jadi lumrah. Orang nak belajar memang macam tu.

Sebagai penyelia, bukan mudah nak mendidik mereka. Nampak macam mudah dan simple, tapi nak layan karenah yang pelbagai tu agak payah sedikit. Yang penting dah pandai sesuaikan diri dengan alam pekerjaan, dah cukup bagus lah tu. Belajar untuk menerima teguran, betulkan kesilapan. Belajar untuk menghormati dan menerima pandangan orang lain. Komunikasi dan kerjasama dengan rakan-rakan praktikal yang lain.

Selepas ini, belum ada lagi pelajar praktikal dari mana-mana tempat yang mohon di sini. Nampak gayanya tiada siapalah yang bakal membantu staf-staf ICT yang semuanya 4 orang sahaja ini. Buat sahajalah kerja terdaya mungkin walaupun ada kekangan tenaga pekerja ditambah pula dengan beban kerja yang agak berat. Memang diakui, orang lain nampak macam tiada kerja. Tapi sebenarnya, cubalah duduk kat dalam Unit ICT dan akan tahu perasaannya bagaimana...

Semalam ialah hari terakhir Mia dapat bersama dengan pelajar-pelajar praktikal, Aen, Kinah dan Hilmi. Sempat jugalah bergambar untuk kenang-kenangan. Jangan lupa dengan Mia ya nanti. Belajarlah bersungguh-sungguh dan semoga nanti dapat melalui alam pekerjaan dengan jayanya. All the best!

gambar beramai-ramai

dengan Aen, pelajar praktikal Politeknik Merlimau

dengan Kinah, pelajar praktikal Politeknik Merlimau

dengan Hilmi, pelajar praktikal Politeknik Port Dickson

p/s: masa nak balik, habis Hilmi kena simbah dengan tepung oleh staf Bahagian Tanaman dan Bahagian Perancangan dan Hal Ehwal Korporat... dah jadi tepung gomak dah rupanya.... adeiii...

Post a Comment

6 Comments

  1. alamak risau plak nak praktikal nanti.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tu... rozuan. good luck untuk praktikal nanti...

      Delete
  2. btul tu kak mia.. keje ICT ni bukan perkara mudah.. x semudah klik menu kt web trus dapat info.. sy pnah keje so mmg tau laa, huh..

    *congratz utk diorg.. ehh, femes laa diorg pasni sbb kuar kt blog kak mia ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul tu... keja ICT macam-macam... susah nak cakap.

      lepas ni, sunyi skit la, budak-budak praktikal dah tak ada... huhuhu

      Delete