Dah tiba masanya Mia ingin memperkenalkan kepada semua pengunjung Mialiana.com... blog English Mia iaitu Chit Chatting With Liana. Mia lebih suka gunakan nama Liana untuk blog english tu. Semua entri di dalam blog itu ditulis dalam bahasa English.

Lama juga Mia buat keputusan sama ada ingin teruskan English Day di blog ini. Nampaknya English Day akan tiada selepas ini. Mia akan pindahkan ke blog English Mia dengan nama pena Liana. Tiap-tiap hari English Day. Orang yang sama cuma bahasa yang berbeza.

Tempat untuk merapu dan meroyan dan apa-apa lagi dalam bahasa English di blog Chit Chatting With Liana. Mia pun tak kisah kalau ada atau tiada orang yang datang ke blog itu. Blog yang hanya untuk suka-suka. Konon-kononnya supaya Mia tak lupa untuk menulis dalam bahasa English. Mana tahu nanti nak sambung study Master ke.... tiba-tiba berangan sekejap...

Agak-agak kalau rajin, jemputlah datang ke Teratak Liana tu...

p/s: blog yang simple dan 100% original ditulis oleh Mia sendiri....