Bantu Pelajar OUM Menyiapkan Assignment


Alhamdulillah.... bila keputusan assignment telah keluar semalam pelajar OUM Bangi yang Mia bantu, Ridzwana mendapat 25/30. Tahniah ya.... Wahhh tentulah Mia suka sebab dah berjaya menunjukajar  Ridzwana pada hari terakhir penghantaran assignment.

Nasib baik hari tu Mia tak sibuk dan boleh online. Kebetulan Ridzwana  minta tolong Mia checkkan Context Diagram dan Data Flow Diagram (DFD) yang telah dibuat. Namun ada kesilapan dan Mia minta dia betulkan satu persatu. Betulkan lukisan diagram, penggunaan ayat, tambahan kepada level 1. Semua proses DFD yang dibuat di level 0 harus diterangkan di level 1. Kalau ada 6 proses di level 0, perlu juga dimasukkan 6 proses di level 1. Nasib baik sempat Ridwana buat penambahan yang Mia beritahu. Dalam keadaan kelam kabut, siap juga pada sebelah petangnya. Ridzwana betul-betul berusaha keras untuk menyiapkan assignment dengan betul. Lepas siap, Mia check balik format dan flow data.

Mia bantu yang termampu melalui chat di FB dan emel sahaja. Ternyata cara lukis pun kena betul dan mainkan peranan yang penting, walaupun semua pelajar tahu nak lukis diagram.

Semoga Ridzwana dapat praktikkan apa yang Mia ajar tu, konsep betul untuk lukis diagram semasa menjawab final exam nanti. Good luck!

Post a Comment

24 Comments

  1. Mia memang terbaik dalam memberikan info. Tapi Mia juga terbaik dalam memberikan pertolongan kepada orang sekeliling! Memang terbaik...Bila lagi Nuffnang award? Taliff nak undi Mia... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uikkkk.... Taliff... Segannya Mia bila baca komen Taliff ni. Mia ni biasa2 je. Mia tolong sekadar termampu. Mia pernah lalui situasi yang Ridzwana alami.

      Satu lagi... Rasanya Mia dah takkan join lagi award N***n**g lepas ni.... Simpan undi Taliff untuk contest lain ya nanti....

      Delete
  2. erkk...boleh tolong sy pulak tak..hihihih

    ReplyDelete
  3. susah nye nak cari insan yg sudi menolong org lain dlm membuat assignment.

    ReplyDelete
  4. --0ff t0pics--

    menabung untuk mia disini hihihi

    ReplyDelete
  5. wahh bertuah la si dia..akq tolong dia...
    rajin akq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan akak tak sibuk masa tu, Nani. Jadi dapatlah tolong dia.

      Delete
  6. terbaik laa bole settle part DFD tu, kdg2 byk level ni kita bole lost dlm DFD tu, hikk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la caliph. Memang boleh sesat kalau data tu gerak... Hehehe... Level 0 takpe lagi. Level 1 tu yang nak kena tengok betul2...

      Delete
  7. Mula-mula saya tak faham mcm mana nak buat DFD dan agak keliru serta tertekan untuk menyiapkan assignment itu. Saya cuba buat secara kasar dengan merujuk buku kemudian minta pertolongan pada kak Julia untuk menyemak DFD saya. Kak Julia telah menyemak dan mengajar cara yg betul utk buat dfd dan bnyak membetulkan diagram yg telah saya buat. Kemudian saya faham cara melukis dfd dan cuba betulkan semula daripada contex diagram sehinggala ke level 1. Saya email semula pada kak Julia untuk semakan kali kedua. Semasa saya meminta bantuan kak Julia hari tersebut merupakan hari terakhir untuk submit assignment tetapi beliau tetap membantu saya pada waktu rehat semasa berada di ofis. Saya mendapat 25/30 bagi assignment ini atas bantuan kak Julia. Saya Ridzwana Azlaniah daripada OUM Bangi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 ridzwana.. sudi nak share cerita di sini. semoga terus berjaya di semester yang akan datang..

      Delete
  8. Alhamdulillah dengan bantuan yang Mia buat. Jika kita tolong orang lain. Ilmu kita akan bertambah. Ini juga merupakan satu TIP untuk berjaya. Sedekah-sedekah ilmu kita. Insyaallah kita akan dapat lebih banyak ilmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak mai... mia tolong seadanya, yang penting dia nak usaha.

      Delete
  9. assalam kak mai boleh bgtau sy foemat utk essay utk english communiction format speech

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. mintaa maaf ya.. dah tak lagi... huhuhu dah lama tinggalkan study

      Delete
  11. Hai Kak Mia,
    Can you help me to make assigment for MBA, Please?

    ReplyDelete