image Bila Tabung Harimau Maybank Sofea Dah Penuh... - Mia Liana

Saturday, 28 July 2012

# Family Matters

Bila Tabung Harimau Maybank Sofea Dah Penuh...

Bila Tabung Harimau Maybank Sofea Dah Penuh...

Bak kata pepatah orang Melayu, melentur buluh biar dari rebung. Begitu juga dengan Sofea. Sofea sudah mula menabung sejak dari tahun lepas lagi. Bila menjelang malam dia akan check purse Mia dan kumpulkan duit syiling. Baru-baru ini, tabung lama Sofea yang harimau maybank tu dah penuh. Punyalah Sofea risau dah tak boleh masukkan duit syiling.

Kemudian masa balik rumah keluarga Mertua, dia suka pula pada tabung baru yang comel. Bila dipegang masih kosong dan mulalah minta dengan neneknya (Mak Mertua Mia). Siap mengadu, tabung harimau sudah penuh. Mia ingat nak tunggu lepas raya nanti baru masukkan ke akaun maybank Sofea sekaligus dengan duit raya nanti.

Jom tengok gelagat Sofea masukkan duit syiling ke dalam tabungnya... zasss..

Masukkan ke dalam tabung baru

Cuba juga nak masukkan ke tabung lama tapi tidak boleh

Masukkan ke dalam tabung baru semula

Dah diberitahu tabung dah penuh, masih nak cuba juga sampai baring

Tabung harimau maybank Sofea yang dah penuh...

Tabung baru Sofea..

p/s: kisah menabung Sofea pada tahun lepas ada dalam entri INI

23 comments:

  1. Replies
    1. tu la.. memang mia ajar sofea untuk simpan duit...

      Delete
  2. uncle dari kecik mmg suka menabung..tapi bila besar..tabung tak eprnah penuh-penuh...huhuu,,takpa amalkan dari kecik..nanti aklau dah terbiasa menabung kan senang..


    uncle baru je balik dari wang kelian...bisa belakang badan masih terasa..tapi dah surut sikit

    --off record --
    klik satu disini

    ReplyDelete
    Replies
    1. samlah dengan mia.. bila dah besar banyak nak guna duit. tu yang tabung tak penuh2.. hehehe.. tapi sofea ni, memang mia ajar dia supaya pandai jaga duit bila dah besar nanti..

      semoga uncle cepat sembuh..

      Delete
  3. bijak1 kecik2 dah menabung. lama2 dia akan terbiasa la kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... sekarang ni tak perlu cakap, dia dah pandai buat sendiri...

      Delete
  4. hehee comel nnt dah penuh dua2 tebus kat bank hehee :)

    ReplyDelete
  5. Bagus tu suka menabung. Ada jugak keperluan ketika kecemasan atau pun saat terdesak kelak. Bagus2

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah taliff... terima kasih ya... masa cemas pun kita tak tahu bila ianya nak sampai...

      Delete
  6. wah best tu lama2 jadi bukit.. esok2 nanti beli tabung besar lagi kak mia, boleh isi byk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. cukuplah ni... kalau beli yang besar2 nanti lambat nak penuh pula...hihihi..

      Delete
  7. wahhhhhhh pandainya mia menabung.. bgs2.. kecik dah menabung nnt besar pandai jaga duit

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya kak... tu la sofea ni, daripada main duit lebih baik masuk ke dalam tabung dia.. ;)

      Delete
  8. hikk.. sy rsa tu tabung fav sofea laa.. wlaupun dh penuh still nk masukkan jgak ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. memang suka betul dia dengan tabung harimau tu...

      Delete
  9. hehehe masih setia pada yg lama tu.. nanti harus tukar juga yg baru :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. tu la nak didik sofea juga ni, belajar tukar yang baru...

      Delete
  10. tabung sy belum penuh selalu dah kena korek..ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tabung tu patutnya jenis yang takleh dikorek... memang boleh penuh nanti... heheh

      Delete
  11. alahai comelnya, nak gak tabung rimau tu :)

    ReplyDelete