Kurma Yusuf Taiyoob Menjadi Pilihan

Tak lama lagi bulan Ramadhan akan muncul... Kurma Yusuf Taiyoob menjadi pilihan Mia sekeluarga. Boleh didapati di mana-mana. Ada yang mahal dan ada yang murah sedikit. Sunat berbuka dengan memakan kurma terlebih dahulu. 

Sabda Nabi s.a.w.; “Sesiapa memperolehi buah tamar/kurma maka berbukalah dengannya. Sesiapa yang tidak memperolehinya, maka berbukalah dengan air kerana ia adalah penyuci” (Riwayat Imam Hakim, Tirmizi dan an-Nasai dari Anas r.a.)

Seperti gambar di bawah ini, ada 2 jenis kurma Madu Al-Rahim dan kurma Madu Yuta. Rasanya ada beza sedikit. Tapi asal boleh makan telan sahaja masuk ke dalam perut. Diam tak diam sekali ngadap pun boleh habis ni. Ni bulan Syaaban punya. Kalau tak sempat untuk bulan Ramadhan, alamatnya kena beli lagilah.. Banyak khasiat memakan kurma ini...



p/s : pssttt kurma yang kotak hijau itu dah habis dimakan....